BEKAS TEMAN LELAKI PAKSA MELACUR

Harian Metro - - Setempat -

itu yang akan menjadi bekalan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, pada masa sama, dia juga juga merancang untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu memiliki teman hidup dan zuriat sendiri lelaki lain.

“Jujurnya, saya tidak sangka akan berubah seperti sekarang kerana menyangka diri ini akan kekal sebagai mak nyah sehingga ke akhir hayat. Namun, hidayah itu milik Allah SWT dan syukur kerana dibukakan hati untuk kembali ke pangkal jalan.

“Sekarang sudah timbul keinginan untuk ada isteri tapi niat terbantut kerana masalah kesihatan. Kalau boleh saya mahu lengkapkan diri dengan ilmu agama barulah berkahwin. Kalau boleh saya mahu tamatkan zaman bujang pada tahun 2020 nanti,” katanya.

Sejak empat bulan lalu Mohd Khariri, bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia

(JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam usaha menyantuni komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Hasil kepercayaan diberikan Mohd Khariri, berjaya menarik komuniti LGBT untuk menghadiri kelas bimbingan dianjurkan di

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, Perak.

Selain itu, Mohd Khariri, kini aktif menyampaikan ceramah, menghadiri seminar dan forum di sekolah serta Institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memberi kefahaman mengenai komuniti LGBT kepada orang ramai.

“Tanggungjawab mengajak ke arah kebaikan bukan hanya terletak di bahu pendakwah sebaliknya orang yang ada pengalaman dan pernah menempuh zaman gelap itu juga perlu ke depan.

“Selepas ini saya bercadang untuk mendekati ibu bapa yang ada anak anak bermasalah (terbabit dalam komuniti LGBT).

“Ibu bapa ini boleh bawa anak masing-masing untuk berjumpa kaunselor bagi mendapatkan nasihat,” katanya.

Percintaan dengan teman lelaki pertama terputus kerana masing-masing curang. Manakala, hubungan dengan teman lelaki kedua diputuskan selepas dia memperalatkan saya. Bekas teman lelaki suruh saya melacur dan saya kena menyara dirinya yang juga seorang penagih dadah. Saya dilayan macam hamba seks dan syabu umpama makanan

ruji kami”

Mohd Khariri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.