NYAWA BERDERAI DIROBEK PELURU

Suspek pecah masuk rumah mati ditembak ketika serang polis guna parang

Harian Metro - - Setempat - Hadzlihady Hassan cnews@nstp.com.my

Tiga lelaki maut ditembak polis dalam hutan di Puncak Bukit Mutiara, Tanjong Bungah di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, semua suspek dipercayai warga asing berusia 30-an ditembak selepas cuba menyerang polis dengan parang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rahimi Raais berkata, sebelum itu polis menerima maklumat daripada seorang wanita yang tinggal berhampiran kawasan terbabit mengatakan rumahnya cuba dipecah masuk.

Menurutnya, bertindak daripada maklumat itu, polis kemudian ke lokasi kejadian dan tiga suspek terbabit melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

“Ketika itu, suspek cuba menyerang menggunakan parang dan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.

“Setakat ini, identiti semua suspek masih belum dikenal pasti namun mereka dipercayai warga asing,” katanya.

Rahimi berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui tiga parang dan polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah di daerah Timur Laut.

Setakat ini, anggota forensik masih berada di lokasi kejadian.

DUA mayat diangkat anggota polis untuk dibawa ke hospital.

ANGGOTA polis forensik membuat siasatan di lokasi lelaki yang maut ditembak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.