Hanya tiga hari lolos AMARAN POLIS

Harian Metro - - Setempat - Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Hanya tiga hari hidup bebas selepas meloloskan diri, seorang penjenayah diberkas polis, semalam kerana memecah masuk sebuah rumah di Permatang Tinggi di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek ditahan di Penaga jam 12.15 tengah hari selepas polis mendapat maklumat.

Menurutnya, dalam kejadian jam 10 malam Rabu lalu, suspek bersama seorang rakannya memecah masuk rumah seorang lelaki berusia 52 tahun dan melarikan wang tunai serta pelbagai barang berharga bernilai RM10,000.

“Ketika itu, anak pemilik rumah ternampak mereka berdua melarikan diri dengan terjun keluar dari tingkap bilik.

“Anak pemilik rumah menahan seorang daripada suspek kemudian diserahkan kepada polis manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya semalam.

Menurutnya, selepas tiga hari diburu suspek ditahan dan dia mengaku menerima wang

RM2,000 daripada rakannya sebelum melarikan diri.

“Hasil penahanan suspek itu, kita merampas sebuah beg sandang dan wang tunai berjumlah RM1,800.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Polis memberi amaran kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Kangar esok bagi menghadapi pertuduhan kes cabul seorang remaja perempuan 15 tahun.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya tidak teragak-agak menahan bekas menteri itu sekiranya beliau cuba memberi alasan untuk mengelak dari hadir.

“Beliau sakit atau tidak, tetap kena hadir kerana peguam dia (Syed Muhamad Anuar Syed Lokman Hakim) sudah berjanji untuk bawa dia ke mahkamah pada jam 9 pagi esok.

“Beliau sudah tidak hadir sekali, jika perkara ini berterusan kita terpaksa menjalankan tugas kita (menangkap) kerana waran tangkap sudah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Noor Mushar menegaskan, sudah tiada alasan lagi untuk Shahidan tidak hadir kerana dia sudah maklum perkara itu kepada Ahli Parlimen itu.

“Di mana sahaja dia pergi, polis akan menahan beliau dan kita berharap perkara (tangkap) itu tidak akan berlaku,” katanya.

„ Shahidan Kassim diminta

hadir ke mahkamah esok

Sementara itu, sumber berkata, Shahidan dijangka hadir esok dan enggan mengulas lanjut.

Mahkamah Sesyen Kangar kelmarin mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas menteri itu selepas gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan kes mencabul seorang gadis bawah umur, bulan lalu.

Waran itu dikeluarkan Hakim Johari Hassan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail membuat permohonan itu.

Bagaimanapun, Shahidan ketika dihubungi semalam mendakwa tidak tahu langsung mengenai waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya dan kesal kerana beliau tidak dimaklumkan awal mengenai pertuduhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.