‘SAYA SUKA CABAR DIRI’

Harian Metro - - Setempat -

memiliki lesen memandu empat tahun lalu.

“Sebagai insan istimewa dan mempunyai fizikal yang kurang berbanding rakan sekampus, saya mengambil masa membiasakan diri menempuhi alam kampus.

“Saya mengambil keputusan belajar memandu kereta kerana ia memudahkan perjalanan saya di kampus. Sebelum ini saya banyak bergantung kepada bas.

“Kini, saya menggunakan Perodua Axia yang dilengkapi kemudahan tambahan bagi memudahkan saya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen UTM Ke-61 di Dewan Sultan Iskandar, UTM di sini, semalam.

Ke Vin yang berasal dari Kluang, Johor, menamatkan pengajian sarjana dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.7.

“Selepas ini, saya bercadang melanjutkan pengajian di UTM bagi mengejar impian memiliki Doktor Falsafah (PhD),” katanya.

Seramai 3,652 graduan diraikan di majlis konvokesyen yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam hingga esok.

Graduan hidap skoliosis tamat pengajian dengan cemerlang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.