Pengajian 12 tahun berbaloi

Harian Metro - - Setempat -

“Kisah arnab dan kura-kura menjadi antara situasi yang sering saya ingatkan. Biar lambat asalkan sampai ke penghujungnya dan jangan terlalu cepat berpuas hati dengan kejayaan yang dipegang.”

Itu pegangan pensyarah orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Dr Al-Amril Othman, 49, yang bersyukur akhirnya dapat menamatkan pengajiannya dan dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah (Sejarah) biarpun mengambil masa 12 tahun.

Ketika ditemui pada majlis Konvokesyen UKM ke-46 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam, beliau berkata, pelbagai cabaran ditempuh hingga ada ketikanya beliau hampir putus asa.

Sokongan keluarga dan kerjasama UKM memberikannya masa menjadikan beliau tekad menghabiskan pengajiannya itu.

DR Al-Amril meraikan kejayaannya menamatkan pengajian pada majlis Konvokesyen UKM ke-46.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.