Rai insan kurang bernasib baik sempena Deepavali

Harian Metro - - Setempat -

Senyuman dan keriangan terpancar pada wajah 60 anak yatim dan ibu tunggal warga emas pelbagai etnik kurang bernasib baik, yang diraikan menerusi Lawatan Perayaan Deepavali 2018 semalam.

Lawatan ke rumah kebajikan Stepping Stones Living Centre (SSLC) di Taman Seputeh di sini, adalah sebahagian daripada inisiatif iaitu program tanggungjawab sosial korporat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

Ketua Komunikasi Korporat NSTP Wan Abdillah Wan Nawi berkata, program tahunan itu bertujuan menggembirakan golongan kurang bernasib baik yang menyambut Deepavali.

Katanya, ia juga bertujuan meraikan pembaca akhbar NST yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, etnik dan agama dengan menyebarkan kegembiraan Deepavali selain menyampaikan sumbangan kepada individu memerlukan.

WAN Abdillah (depan kiri) bersama sebahagian penghuni SSLC serta sukarelawan NSTP pada program NST Outreach sempena Deepavali di Taman Seputeh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.