Diana Amir timang zuriat ketiga

Harian Metro - - Setempat -

Pelakon dan pengacara Diana Amir selamat melahirkan anak ketiga seberat 3.12 kilogram di Hospital Umra, Selangor pada jam 2.16 pagi semalam.

Berita gembira itu dikongsi Diana menerusi laman sosial Instagramnya.

“Saya dijangka bersalin hari Isnin, tetapi Allah nak bagi anugerah awal. Sebenarnya, saya pun memang berdoa agar merasai sakit kontraksi yang singkat dan mudah melahirkan anak.

“Selepas lima minit masuk bilik bersalin, bayi pun keluar. Terima kasih sayang kerana bekerjasama dengan tulisnya.

Diana turut berterima kasih kepada peminat mendoakan kesihatannya sepanjang hamil serta doktor dan jururawat.

DIANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.