KARD TERUJA

Harian Metro - - Setempat - Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

„ Kumpulan K-Pop tak sangka

sokongan padu peminat

Kumpulan terkenal dari Korea Selatan, KARD mengakui teruja menghiburkan peminat pada konsert Lazada 11:11 Super Show di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dianggotai BM, J Seph, Jeon So-Min dan Jeon Ji-Woo, empat anak muda itu turut menzahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan peminat di Malaysia.

Kata BM, mereka tidak sangka KARD yang ditubuhkan pada 2016 berjaya memikat hati pendengar muzik K-Pop di sini.

“Kami tak sangka ada ramai peminat di Malaysia. Kami terharu ketika tiba di lapangan terbang, ramai peminat berkumpul dan melambaikan tangan ke arah kami.

“Persembahan kami pada konsert malam nanti (semalam) yang pertama di Malaysia. Kami sangat teruja dapat menghiburkan peminat serta bertemu dengan mereka.

“KARD berharap ia menjadi titik permulaan untuk datang ke sini dan mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat,” kata BM ketika sidang media di Hotel Intercontinental pagi semalam.

KARD antara kumpulan K-pop yang meraih populariti di seluruh dunia bukan hanya kerana lagu mereka seperti

dan tetapi juga disebabkan keunikan mereka yang menggabungkan anggota wanita dan lelaki.

Sementara itu, konsert Lazada 11:11 Super Show turut ditayangkan menerusi saluran TV 3 dan ntv7. Selain KARD, antara selebriti tempatan yang bakal memeriahkan acara itu ialah Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Altimet dan Wany Hasrita.

DARI kiri BM, So-Min, Ji-Woo dan Seph.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.