Tanam 10,000 pokok pulihara alam sekitar

Harian Metro - - Setempat -

AEON Co (M) Berhad menganjurkan aktiviti menanam 10,000 anak pokok dalam usaha memulihara alam sekitar sempena pembukaan pasar raya ke-28 di Bandar Baru Nilai, semalam.

Menerusi program menanam pokok di pasar raya AEON Nilai itu sebanyak 83 jenis spesies ditanam antaranya Shorea Ovalis, Kompasta Excelsa, Syzygium Gratum, Heliconia, Iris, Murayya, Mahkota Dewa, pandan dan serai.

Pengarah Urusannya Shinobu Washizawa berkata, program disertai 800 sukarelawan membabitkan pelajar sekolah, penduduk setempat dan agensi kerajaan itu bertujuan menghijaukan persekitaran kawasan berkenaan.

“Apa yang menariknya adalah penanaman anak pokok dilakukan bersama komuniti dan pelajar sekolah. Aktiviti ini dijalankan kumpulan syarikat sejak 1991 bermula di pasar raya AEON Melaka.

“Sepanjang 27 tahun, sebanyak 500,000 anak pokok ditanam di negara ini manakala 11 juta pokok di peringkat global,” katanya memaklumkan pasar raya itu akan beroperasi pada pertengahan Januari tahun depan.

Program disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, J Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.

Hadir sama Pengerusi AEON Co (M) Berhad, Datuk Iskandar Sarudin. Larian Amal McDonald’s yang disertai 1,200 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat di Teluk Chempedak memperoleh kutipan dana lebih

RM5,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.

Perunding Operasi Kuantan McDonald’s Malaysia, Muhammad Ariff Abdul Hadi berkata, dana berkenaan akan digunakan untuk membina sebuah rumah kebajikan RMHC yang kedua di Malaysia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

“Rumah kebajikan ini disediakan kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk menyewa penginapan jika ahli keluarga mereka menjalani rawatan di hospital berkenaan.

“Berdasarkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai menyertai acara larian amal yang julung kali diadakan ini maka kita juga berhasrat untuk menjadikannya sebagai acara tahunan,” katanya ditemui, semalam.

Pelepasan peserta larian amal bagi kategori 10 kilometer dan tiga kilometer bermula jam 7.30 pagi semalam disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abdul Rahim Muda manakala acara penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Peladangan dan Bioteknolog, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali.

ARUL (empat dari kanan) menanam anak pokok dalam usaha memulihara alam sekitar sempena pembukaan pasar raya AEON ke-28, semalam

PESERTA yang menyertai larian McDonald’s Charity Run 2018 di Teluk Cempedak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.