Fasha, Aidil bakal bertunang?

Harian Metro - - Setempat -

Diam tak diam, 2018 semakin hampir ke penghujungnya. Sekarang sudah November dan masa berlalu dengan pantas.

Apapun, Cik Pang dengar pelakon jelita Fasha Sandha bakal mengikat pertunangan dengan pelakon Aidil Aziz pada pertengahan November ini.

Apa tarikh dipilih

Fasha dan Aidil tidak pula Cik Pang tahu kerana maklumat berkaitan majlis pertunangan itu pun ada sumber menyampaikan kerana ujarnya kad undangan sudah diedar.

Mengikut cerita sumber itu lagi, majlis pertunangan Fasha dan

Aidil dilangsungkan secara tertutup.

Dalam erti kata lain, pasangan itu hanya menjemput saudara dan kenalan rapat menghadiri majlis istimewa mereka.

Siapalah dalam kalangan rakan Cik Pang yang bertuah akan diundang Fasha dan Aidil untuk hadir pada hari pertunangan itu nanti. Nama Cik Pang rasanya tidak tersenarai.

Bagaimanapun, Cik

Pang berlapang dada kerana selalunya hujung minggu jadual aktiviti memang penuh dan ada kala tak menang tangan dibuatnya.

Namun, kata sumber kepada Cik Pang, Fasha dan Aidil kemungkinan besar akan naik pelamin tahun depan. Bila tarikhnya belum diketahui.

Kalau betul apa yang disampaikan oleh sumber ini, Cik Pang ucapkan tahniah kepada Fasha dan Aidil.

Semoga hasrat murni kalian untuk ‘membina masjid’ dan menghalalkan ikatan cinta dibina dipermudahkan Allah SWT.

Bagi Cik Pang, hubungan rapat Fasha dan Aidil juga bukan rahsia kerana mereka ada memuat naik foto bersama di laman sosial masingmasing.

Bahkan, peminat menerima baik hubungan selebriti popular itu.

Selain Fasha dan Aidil, siapa lagilah selebriti tanah air yang dijangka akan bertunang atau naik pelamin pada penghujung 2018.

Apa pun, semoga Fasha tidak melatah dengan

Cik Pang. Bukan apa, sukar juga Cik Pang nak pertikaikan maklumat diberikan sumber itu.

Ditambah lagi, Cik

Pang pernah melihat foto Fasha ‘menguji rasa makanan’ untuk tempahan katering yang dimuat naik bekas suaminya di laman Instagram (IG).

Semestinya, Cik Pang juga tidak ketinggalan sudah mula menerima kad undangan pertunangan dan perkahwinan dikirim oleh rakan-rakan.

Apapun, hanya doa kebahagiaan buat kalian mampu Cik Pang titipkan. Semoga ikatan kasih dibina berkekalan hingga akhir hayat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.