Kisah popular diseri elemen baru

Harian Metro - - Selebriti -

dan berharap ibunya, Donna (Rashida Jones) dapat berehat seketika daripada kerjanya sebagai jururawat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

The Grinch pula dianggap sebagai karakter yang diwujudkan untuk menyahkan elemen kapitalis melalui pemberian hadiah Hari Natal.

Menariknya, isu ringan cuba dibangkitkan dalam filem ini mahu masyarakat bersosial dan pada masa sama, mengambil berat isu keluarga.

Penonton tidak perlu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap filem ini kerana The Grinch hanyalah filem adaptasi buku cerita kanak-kanak yang bertujuan mencari jiwa Hari Natal, itu saja.

Penceritaan dan objektifnya hanyalah mahu penonton membina hubungan dengan semua golongan, belajar melepaskan kisah lalu dan berkasih sayang tidak kira sesiapa pun.

Isu The Grinch ialah dia berasa terpinggir oleh masyarakat Whos kerana dia anak yatim dan Hari Natal dianggap penyebab kepada rasa itu.

Tidak dinafikan ada beberapa penambahan dalam cerita asal oleh Seuss ini, tapi jika tidak dilakukan, filem ini akan sama saja dengan rendisi terdulu.

Cumberbatch sebagai The Grinch berjaya mengangkat watak utama ini ke tahap tersendiri tanpa mengekalkan loghat Inggerisnya yang pekat.

Kenan Thompson juga berjaya menggeletek hati menerusi watak Bricklebaum yang sangat obses dengan Hari Natal.

The Grinch adalah filem yang cantik ditonton dan ada kepelbagaian yang cukup untuk tontonan semua golongan.

Ia menghiburkan walaupun tidak seiring dengan penceritaan oleh Seuss kerana karya asal banyak elemen yang lebih mendalam.

Begitupun, filem ini tetap ada idea, semangat dan lagu yang mengingatkan penonton mengenai perayaan dan kepelbagaian dalam masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.