Bertaraf dunia

Harian Metro - - Setempat -

Master (40 tahun ke atas) dan Wanita Terbuka.

Kategori Endu RIDE membabitkan kayuhan santai Lelaki Junior

(bawah 19 tahun), Lelaki Terbuka (20-34 tahun), Lelaki Master (35-45 tahun), Lelaki Senior Master (46 tahun ke atas) dan Wanita Terbuka.

Peserta yang berjaya melengkapkan kayuhan dalam masa ditetapkan menerima sijil penyertaan dan pingat ‘Finisher’ atau berjaya tamatkan kayuhan, manakala 50 peserta dengan catatan masa terbaik akan menerima sijil catatan masa dan trofi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya berusaha menjadikan acara berbasikal itu sebagai bertaraf antarabangsa sejak tiga tahun lalu dengan sentiasa menambah baik sistem penganjurannya bagi membolehkan ia mencapai kualiti dunia.

“Kami gembira apabila mendapat penyertaan dari luar negara kian meningkat sejak penganjuran tahun lalu. Malah, peserta yang datang dari luar negara juga bukan calang-calang kerana rata-ratanya adalah penunggang profesional.

“Ini membuktikan acara berbasikal walaupun dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi setanding dengan acara berbasikal lain yang ternama,” katanya.

Katanya, acara kayuhan itu juga selaras dengan usaha menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan dan pihaknya komited melaksanakan pelbagai program berbasikal yang kini menjadi trend belia, selain mendapat sambutan pelbagai peringkat usia.

Shah Alam International Ride juga antara produk pelancongan sukan diperkenalkan MBSA selain pertandingan berbasikal kriterium dan kayuhan santai dijalankan pada sambutan Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam yang diadakan setiap dua minggu sekali serta pelbagai kempen kesedaran.

“Menerusi pelbagai acara berbasikal ini, kami mahu memperkenalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti fizikal. Ia bersesuaian dengan usaha MBSA mempromosikan laluan basikal yang sudah diwujudkan di beberapa laluan awam bagi menggalakkan aktiviti berbasikal dengan selamat dalam kalangan warga Shah Alam,” katanya.

ACARA berbasik al MBSA tarik penyertaan antarabangsa.

PESERTA k ayuhan dilepask an di Pusat Konvensyen SetiaAlam sebelum berk ayuh sejauh 130k m .

KAMARUDZAMAN (duadari k iri) m enyam paik an hadiah k epada pem enang.

SEORANG peserta teruja m enam atk an kayuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.