Rawatan kudis buta

Harian Metro - - Sihat -

Kudis buta atau skabies adalah sejenis penyakit kulit yang boleh menjangkiti individu pada semua peringkat umur. Skabies disebabkan hama Sarcoptes scabiei var hominis yang menumpang pada makhluk lain, namun tidak memberi sebarang manfaat.

Hama ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar berikutan saiznya yang sangat kecil. Hama betina akan membentuk laluan di bawah kulit dan bertelur. Pesakit boleh mendapat reaksi alahan terhadap kehadiran protein hama lalu menyebabkan kegatalan yang keterlaluan terutama pada waktu malam. Tindakan menggaru berterusan boleh menyebabkan luka pada kulit dan juga meningkatkan risiko pendedahan kulit kepada jangkitan bakteria. skabies mungkin tidak mula berasa gatal pada peringkat awal jangkitan. Dalam sesetengah keadaan, pesakit yang baru dijangkiti skabies tidak mempunyai ruam atau hanya sedikit ruam kelihatan.

Individu yang pernah dijangkiti skabies pula biasanya mengalami gejala selepas beberapa hari pendedahan semula kepada jangkitan. Bahagian badan yang biasa dijangkiti adalah pada lipatan kulit seperti celah jari, bahagian paha, pergelangan tangan, siku, kawasan ketiak dan lain-lain. Skabies biasanya kurang menjangkiti bahagian seperti kepala, muka dan leher pada orang dewasa.

Jangkitan skabies biasanya berlaku bagi mereka yang tinggal dan bergaul rapat seperti di asrama, rumah orangorang tua, taska dan rumah asuhan kanak-kanak.

Ahli keluarga pesakit dan orang yang berdekatan dengan pesakit juga perlu mengambil perhatian kerana sifat skabies sangat mudah berjangkit.

Mereka yang berkongsi pakaian, tuala dan selimut dan tempat tidur juga berisiko tinggi untuk dijangkiti memandangkan skabies mampu kekal serta terus hidup untuk satu jangka masa tertentu selepas terpisah daripada makhluk yang ditumpanginya. mempunyai sentuhan fizikal dengan pesakit harus diperiksa dan menerima rawatan pada waktu yang sama. Basuh baju, cadar dan selimut dalam air panas. Jika tidak boleh dibasuh, boleh disimpan dalam bag plastik yang ditutup sekurang-kurangnya 72 jam sebelum dianginkan dan digunakan semula.

Hama yang terpisah daripada makhluk tumpangan biasanya akan mati dalam tempoh masa ini. Tilam perlu divakum dengan teliti, diseterika atau diwap dengan memberi perhatian khusus kepada kawasan tempat jahitan.

Pesakit atau penjaga perlu mendapatkan nasihat berkaitan langkah-langkah yang

Pelbagai jenis ubat boleh digunakan untuk mengatasi masalah skabies. Ubat ini biasanya terdapat dalam bentuk krim atau losen yang perlu disapu pada kulit mengikut arahan diberikan doktor atau ahli farmasi. Ini termasuk krim atau losen untuk kegunaan luar seperti permethrin, benzyl benzoate, crotamiton, gamma benzene hexachloride dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu, doktor juga akan merawat kegatalan yang keterlaluan dengan memberi ubat tahan gatal (antihistamin) jika perlu. Jangkitan bakteria disebabkan luka pada kulit perlu dirawat pada masa sama.

Pesakit perlu memaklumkan kepada doktor yang merawat sekiranya mengandung, menyusukan anak, ada sebarang sejarah penyakit dan sejarah alahan ubat. Perkara ini penting kerana sesetengah ubat dalam rawatan skabies tidak sesuai untuk wanita mengandung, menyusukan bayi, pesakit sawan, bayi pramatang dan kanakkanak berumur kurang dari dua tahun.

Jika anda mengalami tanda-tanda jangkitan skabies, dapatkan rawatan segera mudah berjangkit. Pastikan anda menggunakan ubat dengan betul mengikut arahan doktor dan ahli farmasi bagi memastikan rawatan berkesan.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.