HATI KERAS JIWA KENTAL

Harian Metro - - Rencana -

Jihin tabah harungi leteran dan cemuhan demi melangkah ke gelanggang MMA

dileteri ibunya kerana menyertai sukan pertarungan, namun keazaman kuat atlet muda seni bela diri campuran (MMA) negara, Hayatun Najihin Radzuan, membuktikan bahawa aktiviti lasak yang sebelum ini menjadi hobi dan permainan lelaki boleh disertai golongan wanita.

‘Ketahanan’ telinganya mendengar leteran ibu yang menyifatkan golongan wanita tidak sesuai bergiat dalam sukan terbabit kerana dikhuatiri mengalami kecederaan berbaloi apabila gadis berusia 20 tahun ini berjaya memenangi pertarungan sulungnya dalam kejohanan ONE Championship selepas menewaskan peserta dari India, Puja Tomar, pada Mac lalu.

Beliau menjulang tali pinggang kejuaraan lagi dalam persembahan keduanya di pentas sama kira-kira empat bulan kemudian apabila menewaskan peserta, Indonesia, Priscilla Hertati Lumban Gaol.

ONE Championship adalah organisasi seni bela diri campuran, yang juga penganjur acara olahraga hiburan terbesar seluruh Asia. Arena ONE Championship menampilkan atlet bela diri campuran terbaik Asia dan juara dunia.

Menurut Hayatun Najihin atau nama singkatannya

Jihin, tidak mudah bagi atlet MMA menyertai kejohanan berkenaan yang juga bertaraf sukan antarabangsa dan mempunyai ramai peminat berikutan mereka perlu memenangi beberapa perlawanan penting untuk layak.

“Sebelum bergelar petarung profesional, saya terlebih dulu didedahkan kepada pertarungan bela diri campuran bertaraf amatur. Pernah tewas dalam dua pertarungan tetapi tetap bersemangat terus mencuba.

“Saat yang dinanti akhirnya tiba, apabila saya menang pertarungan akhir Kejohanan Penaklukan

Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MIMMA) musim keempat pada 2016.

“Ini adalah kejohanan MMA amatur terbesar dan pertama di Malaysia yang menyediakan platform kepada bakat baharu tempatan untuk pergi lebih jauh dalam sukan ini.

“Saya kemudian menyertai pertarungan profesional pertama ‘Ultimate Beatdown 23’ di Johor Bahru, pada tahun berikutnya dan berjaya menundukkan lawan dari Indonesia iaitu Masrina Hamka,” katanya.

Kemenangan berkenaan membolehkan pihak ONE Championship memilih atlet MMA wanita termuda Malaysia dengan nama pentas, Shadow Cat, ini bagi mengambil bahagian dalam kejohanan untuk musim ini.

Hayatun Najihin diperkenalkan kali pertama kepada seni bela diri dengan sedikit asas latihan silat ketika berusia enam tahun tetapi minatnya untuk terbabit serius dalam sukan ini timbul selepas terpesona dengan aksi atlet MMA wanita profesional Korea, Sung Ga Yeon, yang ditampilkan dalam satu program realiti televisyen ketika usianya 16 tahun.

“Di sekolah, saya mencuba banyak sukan seperti bola jaring dan hoki tetapi ia tidak

HAYATUN Najihin diperkenalkan dengan seni bela diri pada usia enam tahun. BERSAMA tali pinggang juara pelbagai pertarungan seni bela diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.