Harian Metro

Datuk Z hanya rakan niaga: Chacha

-

Kuala Lumpur:

Pelakon Chacha Maembong (gambar) menafikan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan usahawan dikenali Datuk Z.

Bagaimanap­un, Chacha berkata, lelaki berusia awal 30-an itu sekadar rakan niaga yang banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya mengenai selok-belok perniagaan.

Katanya lagi, Datuk Z turut membantu dirinya menghasilk­an produk pertama di bawah keluaran syarikatny­a, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.

“Sebagai orang yang masih baharu dalam bidang ini, saya perlukan bantuan daripada individu yang betul dan berpengala­man, selain adik-beradik.

“Saya bersyukur dipertemuk­an dengan

Datuk Z kerana dia berminat untuk membantu saya memulakan perniagaan. Ketika saya kongsikan minat ke arah perniagaan, dia cuba realisasik­an dan kami mula berbincang serta mencari idea.

“Datuk Z menguruska­n segala hal berkaitan pengurusan memandangk­an saya sibuk dengan jadual penggambar­an manakala saya akan terbabit untuk proses pemasaran,” katanya.

Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani

Chacha sepanjang majlis selain mereka mengenakan persalinan dalam rona sedondon.

Terdahulu, Chacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle

CM Secret Perfect Look dan sesi menandatan­gani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia