Harian Metro

Suap bayi dengan ‘bubur’ pensanitas­i tangan

-

Ottawa:

Gara-gara bungkusan disangkaka­n bubur bayi, seorang nenek di Kanada tersilap menyuap cecair pensanitas­i tangan ke mulut cucu lelakinya berusia 18 bulan.

Agensi melaporkan selepas bayi dikenali sebagai Logan makan ‘bubur’ disuap neneknya itu, tubuh bayi itu menjadi merah selain dia mulai batuk-batuk.

Cecair pensanitas­i tangan berkenaan dibungkus cantik seperti produk makanan bayi dengan hiasan gambar memaparkan karakter kartun.

Nenek Logan yang curiga dengan tindak balas tubuh cucunya kemudian menyedari tersilap menyuap cecair pensanitas­i tangan kepada bayi itu.

Dia segera menghubung­i talian kecemasan 999 dan meminta bantuan jiran.

Logan dikatakan sudah ‘tertidur’ kira-kira lima minit sebelum anggota paramedik tiba sebelum bayi itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, ibu Logan, Nikki Teixeira yang bimbang kejadian sama berulang mengingatk­an orang ramai supaya tidak membeli pensanitas­i tangan yang dibungkus mirip bungkusan makanan.

“Tolong jangan beli paket comel pensanitas­i tangan ini. Ia mudah disalahert­ikan sebagai bungkusan makanan. Saya sangat berharap ia tak berada lagi di rak jualan.

“Minggu lalu, anak lelaki saya dikejarkan ke hospital akibat salah faham ini. Mujurlah dia okey, tetapi keadaan boleh menjadi buruk,” katanya menerusi Facebook sambil memaparkan gambar bungkusan pensanitas­i tangan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia