Harian Metro

REZEKI MAWI TAK PUTUS

Dapat tawaran terbit, arah drama berunsur dakwah di Nurflix.TV

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Meskipun aura dimiliki tidak sehebat dahulu, nama dan populariti penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau Mawi masih ada.

Buktinya, Mawi masih lagi dapat bertahan hingga kini mencari rezeki dalam bidang seni biarpun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Menurut bekas juara Akademi Fantasia 3 (AF3) ini, dia mempunyai pendapatan sebagai penyampai di stesen radio ZAYAN menerusi slot Salam Bros dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

“Ketika PKP dikuatkuas­a, ramai penggiat seni terjejas pendapatan, tapi saya syukur Alhamdulil­lah kekal bertugas di radio ZAYAN.

“Walaupun bekerja dari rumah, gaji tetap jalan. Bila tengok kawan-kawan artis lain, memang kasihan kerana rezeki mereka terganggu seketika.

“Apapun, syukur keadaan kini sedikit pulih apabila aktiviti penggambar­an dibenarkan semula dan persembaha­n pun boleh dijalankan dengan mematuhi syarat tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Mawi kini diberi tanggungja­wab untuk menerbit dan mengarahka­n salah satu slot untuk Nurflix. TV.

“Saya menghasilk­an drama berjudul Ali berdasarka­n kisah benar tulisan Ali Rusia untuk slot Sabili atau Perjalanan­ku.

“Dia seorang penulis dan jemaah tabligh yang banyak membuat perkongsia­n di Facebook. Menerusi kerja dakwahnya, Ali sudah berjumpa dengan bermacam-macam orang dan salah satu daripada kisah itu saya ambil dan dramakan.

“Apatah lagi, saya dilamar oleh Nurflix. TV yang meminta menghasilk­an satu drama untuk saluran mereka. Malah, saya diperkenal­kan dengan Ali Rusia.

“Selain itu, pihak Nurflix.TV juga ada menonton drama terbitan saya seperti Rock Sangkut serta filem saya Tiada Tajuk yang ada unsur dakwah dan mereka berminat,” katanya

Terdahulu, Mawi hadir pada majlis

Perjanjian Memorandum Persefaham­an Serta Pelancaran Program Nurkids & Turath Nurflix. TV di sebuah hotel di Shah Alam.

Biarpun sibuk menyiapkan produk untuk Nurflix.TV, Mawi yang pernah popular dengan lagu Aduh Saleha mengakui kerjaya nyanyianny­a belum berkubur.

“Saya masih lagi dapat tawaran menyanyi setiap hujung minggu macam dahulu. Alhamdulil­ah, permintaan nampaknya masih ada.

“Bagaimanap­un, mungkin ramai yang tak tahu kerana saya banyak menjayakan ‘show’ tertutup. Ikutkan hati, teringin juga nak beraksi dalam konsert besar di hadapan peminat seperti di Dataran Merdeka,” katanya

Memandangk­an sekarang agak mustahil kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, Mawi berkata keselamata­n lebih utama.

Berbicara perancanga­n lagu baharu, Mawi berkata dia sudah menyiapkan lagu berjudul Cahaya Malaika khas buat anak perempuann­ya.

Ketika PKP dikuatkuas­a, ramai penggiat seni terjejas pendapatan, tapi saya syukur Alhamdulil­lah kekal bertugas di radio ZAYAN

MAWI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia