Harian Metro

SELUAR REGANGAN DUA HALA

UNIQLO hasilkan rekaan yang sesuai untuk ke pejabat, bersantai bersama teman

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Selesa dan bergaya, dua elemen utama yang diberi tumpuan dalam koleksi seluar terbaharu, Smart Pants daripada jenama terkenal, UNIQLO.

Rangkaian terbaharu LifeWear untuk lelaki dan wanita itu turut tampil dengan pelbagai ciriciri menarik antaranya kain regangan dua hala, tahan kedut untuk memudahkan penjagaan, tali pinggang elastik dan lipatan tengah.

Ia menjadikan koleksi seluar Smart Pants UNIQLO itu bukan sahaja sesuai untuk digayakan di pejabat malah ketika bersama keluarga tersayang di rumah.

Selain itu, konsep rekaannya yang direka untuk gaya dan diperbuat untuk keselesaan juga menjadikan koleksi berkenaan selesa dipakai ketika bertemu dengan yang tersayang mahu pun bersantai di kawasan kejiranan pada hujung minggu.

Terdapat pelbagai pilihan rekaan dan jenis fabrik untuk dimiliki selain koleksi berkenaan sudah pun terdapat di pasaran.

Sementara itu, UNIQLO turut memperkena­lkan pelitup muka istimewa, AIRism bagi membantu orang ramai kekal sihat dalam menghadapi situasi sukar akibat pandemik Covid-19.

Berbeza dengan yang sedia ada di pasaran, pelitup muka AIRism adalah refleksi komitmen jenama itu dalam menjadikan gaya hidup masyarakat lebih baik menerusi rangkaian LifeWear.

Ia seiring dengan permintaan pelanggann­ya yang mahukan pelitup muka yang bukan sahaja dapat menjaga dan melindungi kesihatan malah selesa dipakai setiap hari.

Pelitup muka berkenaan mempunyai tiga lapisan iaitu ditengahny­a penapis istimewa yang mampu membantu menapis 99 peratus bakteria serta melindungi kulit daripada bakteria dan zarah merbahaya.

Lapisan pertama dan kedua pula adalah fabrik berjaring ringan AIRism manakala struktur tiga lapisannya memiliki ‘rating’ 50 yang dapat melindungi 90 peratus daripada sinaran ultra ungu.

Kepelbagai­an antara fokus utama pembanguna­n pelitup muka itu memandangk­an jenama berkenaan sedar bahawa pengguna hari ini semakin memilih pelitup yang boleh diguna semula sebagai keperluan harian mereka.

Ia secara tidak langsung turut mengurangk­an kesan terhadap alam sekitar.

Pelitup muka berkenaan juga direka dengan teknologi moden yang membolehka­n ia dicuci dengan cucian mesin basuh dan serbuk pencuci biasa.

Struktur tiga lapisan tetap kekal seperti biasa meskipun selepas 20 kali cucian dalam suhu 40 darjah.

Pelitup muka berteknolo­gi tinggi itu sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu S, M serta L.

 ??  ?? KOLEKSI Smart Pants menarik untuk wanita.
KOLEKSI Smart Pants menarik untuk wanita.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia