PERUNGKAI BAHASA

Pakar transliter­asi pernah kaji 80 pucuk surat dihantar Raja Tenate Sultan Abu Hayat

Harian Metro - - Muka Depan - Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Prof Madya Dr Ab Razak Ab Karim memiliki kelebihan menterjema­hkan manuskrip lama ratusan tahun bertulisan jawi Bahasa Melayu klasik yang terkandung pelbagai rahsia. Beliau bertanggun­gjawab menukar huruf bermula abjad sesuatu tulisan kepada huruf selaras bunyinya, lapor Nurul Husna Mahmud

Tidak ramai yang memiliki kemampuan merungkai pelbagai rahsia peradaban ‘mengejutka­n’ di sebalik tulisan manuskrip Melayu berusia ratusan tahun, tetapi tidak bagi Prof Madya Dr Ab Razak Ab Karim yang memiliki kemahiran kerja transliter­asi itu lebih 20 tahun.

Beliau terbabit dengan tugas penukaran huruf bermula abjad sesuatu tulisan kepada huruf selaras bunyinya (transliter­asi) membabitka­n tulisan jawi bahasa Melayu Klasik.

Untuk rekod, tulisan jawi bahasa Melayu klasik itu paling tua direkodkan berusia lebih 620 tahun.

Malah, ia membabitka­n catatan pertama yang direkodkan hasil penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Menurut Ab Razak, beliau terbabit dalam kerja transliter­asi membabitka­n ratusan manuskrip Melayu dalam tulisan jawi bahasa Melayu Klasik bukan saja di Malaysia, malah rantau Nusantara, termasuk Indonesia selain aktif dalam kajian ilmiah kolaborasi dengan pihak luar seperti China.

Menurutnya, bidang kepakaran transliter­asi cukup penting dalam memelihara baik dari segi sejarah peradaban bangsa Melayu yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang pada satu masa dulu.

“Bangsa Melayu cukup terbilang dan bahasa Melayu menjadi lingua franca. Penjajah dan pedagang yang tiba ke Tanah Melayu mahupun rantau Nusantara turut menggunaka­n bahasa ini. “Pengamatan saya, apabila bekerja dengan ratusan manuskrip lama, terutama membabitka­n kitab tib (perubatan), khazanah serta ilmu dimiliki nenek moyang kita tidak kurang hebatnya dengan penemuan hari ini. “Daripada ilmu pelayaran mahupun pembuatan kapal sehinggala­h kepada taktikal peperangan, terutama pembuatan senjata, ia boleh diketahui menerusi catatan sejarah termasuk manuskrip lama.

“Rakan saya, Wan

Mohd Dasuki pernah mengeluark­an manuskrip ilmu bedil yang menerangka­n secara terperinci berkaitan meriam dan ia diperoleh melalui catatan lama.

“Ia menjadi satu titik penting dalam catatan sejarah yang mana pahlawan Melayu melawan penjajah dengan senjata sepadan,” katanya.

Menjelaska­n kerja transliter­asi, beliau berkata, manuskrip lama itu banyak membantu beliau sebagai pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) dalam memahami lenggok bahasa antara Melayu klasik dan Melayu moden.

“Lihat saja gaya bahasa dan tulisan, saya sudah boleh anggarkan ia adalah tulisan yang baru atau berusia ratusan tahun.

“Ramai juga hubungi dan tunjuk manuskrip lama iaitu sama ada dokumen disimpan atau surat untuk saya nilai isi kandungann­ya.

“Projek penting yang saya pernah kaji ialah berkaitan 80 pucuk surat, antaranya surat dihantar Raja Tenate Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal pada 1522,” katanya.

Menurut Ab Razak, kerja transliter­asi selain menyemak ratusan sampel membantu meningkatk­an kemahiran dalam mengenali tulisan dan dokumen.

“Saya banyak buat kajian akademik di kepulauan Indonesia seperti Buton terutama di pulau Wakatobi di tenggara Pulau

Sulawesi hasil daripada penemuan salinan surat sultan terakhir iaitu Sultan

Buton.

“Menariknya, ada kisah ‘mistik’ dalam penemuan surat itu apabila ditemui bersama sebilah keris. Keris itu ada penjaga dan difahamkan menjaga surat berkenaan.

“Saya maklumkan hajat kepada si penjaga dan saya berpeluang membaca isi kandungan. Setiap kandungan ada penceritaa­n mengenai pengakhira­n kerajaan sultan itu boleh dijadikan titipan sejarah penting,” katanya.

Bangsa Melayu cukup terbilang dan bahasa Melayu menjadi lingua franca Dr Abd Razak

ANTARA manuskrip bahasa Melayu lama yang dikaji oleh Ab Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.