Harian Metro

Pembunuh upahan muncul kembali?

-

Banting: Pembunuh upahan bermotosik­al muncul kembali? Persoalan itu timbul susulan kejadian seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadiny­a diserang mendadak dua suspek bersenjata­kan pistol semalam.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari semalam, suspek melepaskan lebih empat das tembakan ke arah kereta mewah dinaiki mangsa berhampira­n hadapan Sekolah Menengah Telok Datok di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat (gambar) berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditembak dua individu menaiki sebuah motosikal yang mengekori kenderaan mereka.

“Dua mangsa yang cedera adalah seorang pengawal peribadi dan majikannya.

“Difahamkan, suspek mengekori kereta seterusnya melepaskan tembakan dari jarak dekat. Siasatan awal mendiperca­yai dapati kedua-dua mangsa terkena beberapa das tembakan di dada dan beberapa bahagian tubuh.

Beliau berkata, semasa mangsa cuba melarikan diri melalui hadapan sekolah sejurus diserang, kereta dinaiki mangsa merempuh beberapa pelajar sekolah dan kereta di lokasi itu.

“Akibatnya tiga pelajar cedera kaki dan leher.

“Difahamkan ahli perniagaan dan pengawal peribadiny­a yang tersepit sejurus kemalangan dikeluarka­n dari dalam kenderaan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Banting dan masih dirawat,” katanya.

Beliau berkata, tiga pelajar yang cedera dirawat di hospital sama.

“Setakat ini, kami sedang mengenal pasti suspek. Motif kejadian dipercayai membabitka­n pergaduhan antara dua kumpulan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia