Peniaga tak mengaku cederakan budak

Harian Metro - - Lokal -

Alor Gajah: Seorang peniaga nasi lemak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mengabaika­n dan mencederak­an anak jagaannya berusia enam tahun sejak Mei lepas.

Tertuduh, Julaili Md Said, 40, bersama seorang lagi yang masih bebas sebagai orang diamanahka­n rakannya untuk menjaga kanak-kanak perempuan itu didakwa mengabai atau mendedahka­n mangsa dengan cara yang mungkin menyebabka­nnya mengalami kecederaan fizikal.

Ibu lima anak itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita itu bersama seorang lagi yang masih bebas turut didakwa sengaja menyebabka­n kanak-kanak itu parah iaitu patah tangan kiri menggunaka­n kayu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Seri Paya Rumput, Masjid Tanah di sini, antara 8 pagi dan 12 tengah malam, sejak Mei lepas sehingga bulan ini.

Hakim Ahmad Sazali Omar membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Okt untuk sebutan semula kes.

ANGGOTA polis mengiringi Julaili ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.