‘Atuk’ ditahan cuba seludup tiga Pati

Harian Metro - - Lokal -

Kota Tinggi: Cubaan seorang warga emas berusia 70 tahun membantu membawa keluar tiga wanita pendatang asing tanpa izin (Pati) yang baru tiba ke Malaysia dengan helah teksi dipandu rosak di bahu jalan dipatahkan.

Suspek ditahan anggota Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) jam 11.50 pagi kelmarin di bahu jalan sekitar kawasan Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar di sini.

Berdasarka­n kenyataan dimuat naik di Facebook (FB) Tentera Darat Malaysia, kejadian berlaku di sektor OP Benteng di kawasan di bawah tanggungja­wab Briged Ketujuh Infantri (7 Briged) 1 KAD.

“Ketika rondaan, pasukan 1 KAD mendapati sebuah teksi Proton Exora di bahu jalan. Turut ada di lokasi ialah pemandunya yang juga lelaki tempatan berusia 70 tahun.

“Ketika pemeriksaa­n, dia memaklumka­n teksinya rosak. Namun, hasil pemeriksaa­n terhadap telefon bimbit suspek, lelaki itu didapati sedang menunggu untuk mengangkut pendatang asing tanpa izin.

“Kumpulan rondaan melaksanak­an penjejakan di sekitar kawasan terbabit sebelum menahan tiga wanita warga Indonesia berusia 37 hingga 40 tahun yang baru menyeludup masuk dan menunggu teksi,” katanya.

Menurut kenyataan, suspek dan warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami menyita Proton Exora selain merampas wang tunai dan tiga telefon bimbit dengan nilai keseluruha­n RM57,000,” katanya.

WARGA emas dan tiga Pati yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.