Harian Metro

NYAHKUMAN KINABALU

Covid-19: Gunung dan kawasan Taman Kinabalu ditutup bermula semalam hingga 8 Oktober depan

-

Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu ditutup bermula semalam hingga 8 Oktober depan untuk proses nyahkuman, kata Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Jamili Nais.

Beliau berkata, ini berikutan seorang pesakit Covid-19 didapati sudah mendaki Gunung Kinabalu dari 13 hingga 14 September lalu dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia sudah mengeluark­an Notis Perintah Tutup untuk menutup ibu pejabat Taman Kinabalu, Kundasang.

“Pusat Covid-19 dibuka di Taman Kinabalu untuk tujuan operasi pencegahan penularan yang melibatkan ujian saringan Covid-19 ke atas kontak rapat pendaki yang terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit dalam aktiviti pendakian itu.

“Operasi nyahkuman yang menyeluruh dilaksanak­an ke atas kemudahan pelanconga­n di sepanjang laluan pendakian ke Gunung Kinabalu termasuk di Stesen Panabalan (base camp) di sepanjang tempoh penutupan,” katanya, semalam.

Berikutan peningkata­n kes Covid-19 di pantai timur negeri itu, agensi kerajaan negeri Taman-taman Sabah sudah melaksanak­an operasi nyahkuman di Taman Bukit Tawau, Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Pulau Sipadan selama tujuh hari dari 20 hingga 30 September ini.

“Ketiga-tiga buah taman ini tidak akan dibuka kepada pelawat dan orang awam sepanjang tempoh operasi ini dilaksanak­an.

“Bagaimanap­un, taman lain yang bebas daripada gejala penularan Covid-19, iaitu Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Pulau Penyu, Taman Banjaran Crocker, Taman Pulau Tiga dan juga Taman Tun Mustapha masih dibuka kepada pelawat awam,” kata Jamili.

Beliau berkata Stesen Mata Air Panas Poring, Substesen Serinsim, Substesen Sayab, Substesen Monggis dan Substesen Nalapak masih bebas daripada penularan Covid-19 dan dibuka kepada pelawat awam. - Bernama

‘ Ketiga-tiga taman ini tidak akan dibuka kepada pelawat dan orang awam sepanjang tempoh operasi ini dilaksanak­an” Jamili

 ??  ?? SEORANG pendaki positif Covid-19 didapati mendaki Gunung Kinabalu dari 13 hingga 14 September lalu.
SEORANG pendaki positif Covid-19 didapati mendaki Gunung Kinabalu dari 13 hingga 14 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia