Hari mengundi diisytihar cuti umum

Harian Metro - - Sabah Mengundi -

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memutuskan hari ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehka­n rakyat di negeri ini menunaikan tanggungja­wab mereka untuk keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perisytiha­ran cuti umum itu dibuat berdasarka­n Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).

“Orang ramai diperingat­kan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaa­n pilihan raya oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR),” menurutnya dalam satu kenyataan, semalam.

PRN Sabah menyaksika­n 447 calon daripada 15 parti bertanding di 73 kerusi Dun dengan bilangan pengundi seramai 1.12 juta orang. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.