APA PERLU KITA TAHU

Hakikatnya, faktor terpenting yang boleh menyebabka­n kematian ketika tidur dalam kereta adalah karbon monoksida (CO) iaitu komponen utama dalam asap ekzos kereta

Harian Metro - - Minda -

idur di dalam kereta boleh menjadi pengalaman yang cukup selesa umpama tidur di hotel lima bintang dengan penghawa dingin yang menghembus udara sejuk dan suasana yang senyap menjadikan­nya pilihan yang optimum. Persoalann­ya, sejauh mana selamatnya tidur dalam kenderaan?

Kadang-kadang kita melakukan perkara baik bagi mengatasi masalah mengantuk ketika memandu dengan berhenti berehat yang secara tidak langsung membantu mengurangk­an statistik kemalangan.

Bagaimanap­un, aktiviti ini boleh membawa maut jika tidak peka berkaitan bahayanya tidur dalam kenderaan yang tertutup dengan enjin masih dihidupkan. Tambahan pula, ramai kalangan kita mengamalka­n tabiat menunggu dalam kenderaan dengan enjin dan penghawa dingin dihidupkan untuk jangka masa lama.

Kebanyakan negara maju sudah menetapkan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun terhadap sesiapa yang menunggu dalam kenderaan. Ia disebabkan kesannya yang bukan saja membahayak­an nyawa manusia, tetapi dengan pelepasan gas pencemar akan memudaratk­an alam sekitar.

Hakikatnya, faktor terpenting yang boleh menyebabka­n kematian ketika tidur dalam kereta adalah karbon monoksida (CO) iaitu komponen utama dalam asap ekzos kereta.

Lebih-lebih lagi kenderaan ‘berusia’ apabila sistem mekanikal kereta tidak sesuai dengan standard yang ditetapkan berkemungk­inan boleh berlaku kebocoran ekzos.

Jika jumlah besar CO terkumpul dalam ruang kenderaan anda, risiko maut menanti tanpa disedari kerana kita sedang bernafas dalam racun yang tidak berbau dan berwarna.

Selain itu, peningkata­n karbon monoksida juga boleh berlaku disebabkan penghawa dingin yang tidak dapat berfungsi dengan baik yang boleh jadi penyebab kematian ketika tidur.

Oleh itu, bagaimana gas CO membunuh anda? Ini berlaku apabila ia akan mengurangk­an kemampuan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam badan anda termasuk otak dan akan mengakibat­kan kekurangan oksigen dalam otak seterusnya membawa maut.

Apabila tahap CO meningkat dan kekal lebih 70 ppm (kepekatan dalam 1 molekul CO dalam sejuta - ppm), seseorang itu boleh mengalami sakit kepala, keletihan dan loya.

Pada kepekatan CO yang berterusan lebih 150 hingga 200 ppm pula akan mengakibat­kan seseorang itu tidak sedarkan diri yang boleh membawa kematian.

Sebenarnya, walaupun dalam keadaan kereta dengan sistem penghawa dingin berfungsi dengan baik, peredaran udara di ruang kenderaan tetap tidak mencukupi bagi seseorang untuk menghirup udara di tempat tertutup.

Negara kita beriklim panas dan lembap sepanjang tahun menjadi lumrah kepada kita memasang penghawa dingin walaupun menunggu dalam kenderaan bagi jangka masa yang singkat.

Langkah terbaik, elakkan tidur dalam kereta. Namun, jika dalam keadaan mendesak memerlukan tidur dalam kenderaan, pastikan enjin kenderaan dimatikan dan tingkap dibuka seluas-luasnya serta carilah tempat yang sesuai untuk berehat.

Langkah tambahan mengatasi masalah ini adalah dengan adanya sistem amaran awal gas CO dengan menggunaka­n pengimbas kecil. Walaupun mengekalka­n sistem ekzos dan pelepasan akan mencegah keracunan karbon monoksida, dan mengelakka­n situasi berbahaya, namun jika ditambah alat pengesan karbon monoksida akan dapat memberikan amaran awal kepada kita.

Memandangk­an banyak kes maut di Malaysia akibat pencemaran gas CO ini, teknologi perlu dibangunka­n bagi mengatasi masalah ini. Sebahagian besar pengesan atau sensor, sensor karbon monoksida direka untuk kegunaan rumah atau pejabat, tetapi kita boleh menggunaka­n teknologi pengesan sama dalam kereta atau kenderaan lain.

Saya sendiri bersama Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali dari Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Fakulti Kejurutera­an Alam Bina, UKM sedang membangunk­an sistem mikro sensor yang boleh mengatasi masalah kebocoran gas CO dalam kenderaan.

Baru-baru ini, kumpulan kami berjaya mendapat geran protaip (Kementeria­n Pendidikan Tinggi) dan geran CREST dalam teknologi sensor ini.

Diharapkan teknologi tempatan ini dapat diaplikasi­kan demi keselamata­n masyarakat pada masa depan termasuk ingin bekerjasam­a dengan industri automotif tempatan dan industri perkilanga­n.

Pada era teknologi sensor berlandask­an IoT dapat menyampaik­an info kualiti udara kepada pengguna melalui telefon pintar seterusnya memberi amaran awal jika gas dikesan dalam kepekatan yang tinggi. - Bernama

Penulis Pensyarah Kanan dan Penyelidik Pusat Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

KARBON monoksida adalah komponen utama dalam asap ekzos kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.