Mampu beli kereta mewah tapi tiada lesen memandu

Harian Metro - - Lokal -

Melaka:

Mampu beli kereta mewah namun tidak mampu memiliki lesen memandu sah. Itu tindakan seorang ahli perniagaan yang ditahan selepas gagal menunjukka­n lesen memandu ketika ditahan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ)

Malah, lelaki berusia 43 tahun itu turut positif ganja selain memiliki barangan terlarang itu menerusi pemeriksaa­n pada operasi bersepadu dijalankan di Jalan Syed Abdul Aziz, Banda Hilir di sini, malam kelmarin.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif, berkata, ahli perniagaan terbabit diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan

(AADK) yang turut terbabit dalam operasi berkenaan.

Katanya, turut ditahan seorang ibu muda berusia 23 tahun yang didapati positif syabu.

“Dalam operasi empat jam itu, 27 individu berusia 23 hingga 43 tahun menjalani saringan air kencing. Enam daripada mereka positif ganja, opiat dan syabu.

“Dua pasangan warga negara Nigeria turut ditahan kerana tidak memiliki pas perjalanan yang sah,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan.

Selain JPJ dan AADK, turut terbabit dalam operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan

Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR).

Sementara itu, Muhammad Firdaus berkata, dalam operasi itu, sebanyak 103 kesalahan membabitka­n cermin gelap, diikuti tujuh kenderaan menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i manakala empat lagi didapati memasang lampu yang tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan.

“Secara keseluruha­n 528 kenderaan diperiksa dengan 66 daripadany­a diambil tindakan membabitka­n 71 saman dan tiga notis sita, selain 72 notis lagi diarahkan menjalani pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.