Harian Metro

TAMBAH IODIN DALAM GARAM

Peraturan baharu susulan dapatan tinjauan gangguan akibat kekurangan iodin

- Oleh Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Mulai Rabu depan, semua garam halus atau garam beratnya kurang atau 20 kilogram diwajibkan menambah iodin sebelum boleh dijual di pasaran Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peraturan baharu itu susulan pindaan Peraturan 285 berkaitan Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang diwartakan pada 12 November 2018.

“Pindaan peraturan ini susulan daripada hasil dapatan Tinjauan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan yang menunjukka­n 48.2 peratus kanak-kanak sekolah rendah berumur lapan hingga 10 tahun mengalami masalah kekurangan iodin.

“Selain itu, 2.1 peratus kanak-kanak mengalami masalah goiter. Bagi tinjauan membabitka­n wanita hamil dan murid sekolah, pengambila­n iodin juga tidak mencapai paras optimum.

“Oleh itu, pelaksanaa­n Pengiodina­n Secara Universal di Malaysia (USI) dapat membantu meningkatk­an pengambila­n iodin dalam kalangan masyarakat memandangk­an garam adalah bahan asas yang digunakan di semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira status pendapatan,” katanya.

Katanya, pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) akan menjalanka­n pemantauan dan penguatkua­saan kepatuhan peraturan berkenaan selepas ia dikuatkuas­akan bermula 30 September ini.

“Kegagalan mematuhi pindaan Peraturan 285 adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Sebelum ini, peraturan sama dikuatkuas­akan di Sabah dan kini diperluas di seluruh negara.

“Penggunaan garam beriodin dalam makanan juga didapati tidak akan menjejaska­n dari segi kualiti rasa makanan yang disediakan, malah pengguna juga diingatkan pengambila­n garam tidak perlu ditingkatk­an kerana garam secara berlebihan dalam makanan pula boleh menjurus kepada penyakit tidak berjangkit lain, misalnya hipertensi (darah tinggi),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai kemusykila­n berkaitan sebarang isu keselamata­n dan kualiti makanan, boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 ??  ?? PENGGUNAAN garam beriodin dalam makanan didapati tidak akan menjejaska­n dari segi kualiti rasa makanan.
PENGGUNAAN garam beriodin dalam makanan didapati tidak akan menjejaska­n dari segi kualiti rasa makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia