127 sekolah guna solar hibrid

Harian Metro - - Lokal -

Jerantut:

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses untuk melengkapk­an kemudahan solar hibrid di 127 sekolah pedalaman di Sarawak.

Ia bagi memastikan sekolah di kawasan terpencil mendapat bekalan elektrik untuk proses pengajaran dan pembelajar­an (P&P).

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Muslimin Yahya berkata, proses pertukaran daripada sistem grid talian elektrik kepada genset dan solar hibrid dibuat untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik di sekolah pedalaman di negeri berkenaan. “Berkaitan bekalan elektrik di Sarawak, kami sudah mengubah gred talian elektrik kepada genset dan kini fokus kepada solar hibrid untuk 127 sekolah berkenaan.

“Ia sudah dimulakan di mana sebelum ini kami mendapat kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk proses peralihan dari sistem grid kepada genset dan akan tumpukan kepada sistem solar hibrid pula,” katanya selepas majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut, di sini, semalam.

Katanya, KPM turut memberikan perhatian khusus bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik bagi sekolah kategori luar bandar di Sabah.

Dapat kerjasama SEB untuk proses peralihan dari sistem grid kepada genset

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.