ADA ELEMEN HONDA

Honda City RS i-MMD Serba Baharu bakal masuk pasaran

Harian Metro - - Bisnes - Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Honda Malaysia bakal melancarka­n Honda City RS i-MMD Serba Baharu untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berdasarka­n tinjauan model ini dengan lebih dekat melalui sesi pandu uji eksklusif yang diadakan di Litar Sukan Permotoran Antarabang­sa Melaka (MIMC) di Ayer Keroh anjuran Honda Malaysia, model berkenaan dijangka menarik perhatian penggemar Honda City.

Honda City Serba Baharu ini didatangka­n dengan enjin 1.5L i-MMD (Mod Pemanduan Pelbagai Pintar) yang menghambur­kan tenaga tork 253Nm melalui transmisi e-CVT (Transmisi Boleh Ubah Berterusan Elektrik).

Sistem i-MMD yang turut dikenali sebagai e:HEV untuk pasaran global adalah teknologi hibrid generasi akan datang Honda untuk penggunaan tenaga mesra alam lebih responsif dan efisien.

Ia 111 milimeter (mm) lebih panjang, 54 mm (lebar) dan 10mm (rendah) berbanding model generasi sebelumnya.

Antara ciri luaran terkini ialah lampu hadapan dan belakang LED baharu serta lampu nyalaan siang (DRL), lapisan bawah bampar hadapan corak karbon, bampar belakang dengan diffuser, cermin sisi hitam dan rim aluminium 16 inci dwiwarna.

Ia juga disertakan Brek Parkir Elektrik (EPB) serta elemen Honda Sensing termasuk Honda LaneWatch menjadikan model ini kenderaan segmen-B pertama di negara ini dilengkapi ciri seumpama itu.

Buat masa ini paparan ruang dalaman serta harga masih lagi dirahsiaka­n untuk tatapan umum dan akan diumumkan pada hari pelancaran kelak.

Paparan ruang dalaman serta harga masih dirahsiaka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.