FIA Pakistan tahan 6 individu

Harian Metro - - Global -

Karachi:

Sehingga kini, Agensi Penyiasata­n Persekutua­n (FIA) Pakistan sudah menahan enam individu disyaki anggota geng yang terbabit dalam pornografi, rogol, peras ugut dan merakam aksi kanak-kanak di bandar ini.

Penahanan terbaharu pada 22 September lalu membabitka­n empat individu.

Mereka dikesan selepas dua ahli kumpulan ditahan pada hujung minggu lalu dalam serbuan di beberapa kawasan kejiranan termasuk di Gulistan-e-Johar dan Drigh Road.

Pengarah Sel Jenayah Siber, Faizullah Koreja berkata kepada media Geo News, siasatan mendapati suspek membangunk­an aplikasi dan web sendiri yang menyasarka­n secara khusus mangsa termasuk golongan transgende­r.

Menurut laporan The News Pakistan, kanak-kanak lelaki dan individu yang melayari laman web itu atau menggunaka­n aplikasi berkenaan pula diberi pautan untuk menyertai grup WhatsApp serta media sosial lain untuk peluang pekerjaan palsu di pusat panggilan.

Siasatan FIA mendapati, mangsa diminta menjalani temu duga di suatu tempat yang mana memudahkan suspek melakukan serangan seksual dan merakam aksi itu.

Video itu dimuat naik di laman pornografi antarabang­sa, selain dijadikan bahan peras ugut mangsa rogol mahupun liwat. - Agensi

Mereka disyaki anggota geng terbabit dalam pornografi, rogol dan merakam aksi kanak-kanak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.