CARI KEPUASAN PENONTON

Millie bersedia hadapi apa juga cabaran, bukan sekadar untuk kepuasan diri

Harian Metro - - Rapxtra -

“Dapat menerbitka­n bersama naskhah ini pun satu pencapaian luar biasa bagi saya. Siapa sangka saya dapat terbabit dalam filem kesinambun­gan kepada kisah Sherlock Holmes yang terlalu hebat jenamanya.

“Semestinya ada rasa gementar memikirkan ia akan menguji kredibilit­i diri. Bagaimanap­un, rasa teruja itu menenggela­mi perasaan sangsi dan saya putuskan untuk berseronok sepanjang penggambar­an,” katanya.

Mula ditayangka­n kelmarin, filem yang turut dibintangi Henry Cavill sebagai Sherlock Holmes itu hampir keseluruha­n untuk menonjolka­n Enola. Jalan ceritanya direka khas bagi memperliha­t perspektif­nya.

Millie berkata, dia berbesar-hati apabila sisi lain daripada jenama kisah penyiasata­n itu dirungkai. Berbanding cerita kebiasaan yang cuma memfokuska­n Sherlock Holmes, kini sisi adik perempuann­ya jadi titik tumpu.

Justeru, dia melihat peranan wataknya bukan sekadar menjadi hero dan mempamerka­n ketangkasa­n sematamata. Sebaliknya, ia lebih kepada membangkit­kan semangat serta martabat wanita.

“Jujur, sukar untuk saya gambarkan betapa seronok memegang watak yang diterjemah ada kuasa sendiri.

Bahkan, Enola sendiri berjaya melembutka­n hati abangnya Sherlock yang dikenali dengan hati keras.

“Namun, semakin saya mendalami watak itu, sebenarnya ia lebih daripada sekadar tangkas dan bijak. Ia merangkumi pesona keseluruha­n dalam diri seorang wanita yang memiliki sifat pejuang.

“Disebabkan itulah, saya melihat Enola adalah watak yang perlu membuka mata golongan wanita untuk dijadikan contoh. Saya cuba salurkan sebaiknya setiap elemen itu dalam setiap gerak langkah lakonan saya,” katanya.

Melihat kepada rekod watak pernah dijayakann­ya, Millie jelas memiliki keperibadi­an yang menonjol. Mungkin itu sebabnya dia mudah memikat hati ramai penerbit.

Berkongsi mengenai hal itu, dia tidak menolak keberanian­nya untuk menyahut cabaran jadi faktor penting. Baginya, dia perlu memenuhi bukan saja kepuasan diri bahkan kepuasan sesiapa yang menikmati lakonannya.

Justeru, dia sentiasa memastikan dirinya tidak penat untuk meneroka apa saja kemampuan lain dia boleh lakukan. Dia

MILLIE sentiasa sukakan cabaran.

SANGAT berbesar-hati dapat menerbitka­n bersama Enola Holmes

BERLAKON di samping nama besar termasuk Henry Cavill dan Sam Claflin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.