Harian Metro

KISAH BENAR WIRA NEGARA

Juang memaparkan pengorbana­n barisan hadapan negara dalam mengekang penularan Covid-19

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Selepas filem Balistik ditayangka­n pawagam pada 2014, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor seakan menyepi daripada penerbitan filem.

Menerusi produksi Suhan Movies & Trading miliknya, Rosyam dilihat lebih banyak memberi tumpuan pada menerbitka­n drama dan telefilem.

Kini, sesudah enam tahun berlalu Rosyam ‘kembali’ terbuka hati untuk menerbitka­n karya baharu buat penggemar filem tempatan.

Lebih berani, dia berjaya menjalin kerjasama dengan dua lagi produksi iaitu Tropical Films milik Matt Lai dan The Film Engine (Jack Lim).

Malah, menariknya lagi tiga produksi hebat ini sanggup bergabung bagi merealisas­ikan projek filem mega berjudul Juang.

Bersua Rosyam pada majlis pelancaran filem Juang baru-baru ini, dia memaklumka­n ilham untuk karya berkenaan diperoleh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Mac lalu.

“Sebaik negara dilanda penularan pandemik Covid-19 tanpa diduga, kerajaan terus mengambil langkah segera melaksanak­an PKP.

“Ketika tempoh itu, semua rakyat Malaysia diminta duduk di rumah dan tidak boleh keluar bekerja seperti biasa kerana rantaian Covid-19 perlu diputuskan.

“Selama tiga dekad aktif sebagai anak seni, ketika PKP itulah saya bercuti paling lama dan banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga.

“Namun, di sebalik ‘peperangan’ Covid-19 yang berlaku itu saya dapati ada beberapa pejuang barisan hadapan yang gagah menggadai nyawa,” katanya.

Menurut Rosyam, dia sangat kagum dengan keberanian pejuang barisan hadapan terbabit iaitu petugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbanga­n.

“Jadi, saya mendapat ilham untuk menghasilk­an satu filem berdasarka­n kisah benar yang dilalui oleh kita semua akibat Covid-19 ini yang bakal menjadi sejarah dunia.

“Ditambah lagi, bagi menghargai segala jasa dan sumbangan bermakna yang sudah dilakukan pejuang barisan hadapan ini untuk menjaga keselamata­n rakyat Malaysia.

“Apapun, menyedari kos menerbitka­n filem sebegini agak besar, maka saya berusaha mendapatka­n kerjasama rakan yang berminat.

“Sebaik berbincang dengan Matt dan Jack, kami mencapai kata sepakat untuk bergabung dan berusaha bersama penerbitan filem Juang hingga menjadi kenyataan,” katanya.

Sehubungan itu, projek filem Juang dijangka akan menelan belanja pembikinan sebanyak RM6 juta dan diarahkan oleh enam sutradara berkaliber.

Barisan pengarah yang terpilih itu adalah Matt

Lai, Aziz M Osman, Yusry Abdul Halim, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Eirma Fatima. Malah, tiga pelakon utama sudah dipilih ialah Zizan Razak, Zul Ariffin dan Jack Lim.

Justeru, selain bajet besar dan dibarisi pengarah serta pelakon hebat tanah air, Filem Juang juga bakal melakar sejarah apabila dibintangi 100 pelakon dan 200 tenaga kerja produksi.

Filem ini juga akan memulakan penggambar­annya tidak lama lagi kerana sasaran tayangan di pawagam dijangka dapat dibuat pada awal tahun depan.

Jadi, saya mendapat ilham untuk menghasilk­an satu filem berdasarka­n kisah benar yang dilalui kita semua akibat Covid-19 ini yang bakal menjadi sejarah dunia ROSYAM NOR

 ??  ?? ENAM pengarah berkaliber tanah air yang terbabit menghasilk­an filem Juang.
ENAM pengarah berkaliber tanah air yang terbabit menghasilk­an filem Juang.
 ??  ?? ROSYAM bersama rakan penerbitny­a, Matt Lai dan Jack Lim ketika majlis pelancaran filem Juang baru-baru ini.
ROSYAM bersama rakan penerbitny­a, Matt Lai dan Jack Lim ketika majlis pelancaran filem Juang baru-baru ini.
 ??  ?? TIGA watak utama iaitu Zizan, Zul dan Jack.
TIGA watak utama iaitu Zizan, Zul dan Jack.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia