NIPPON perkenal inovasi cat baharu

Harian Metro - - Dekotaman -

Ketika penularan Covid-19 melanda dunia kini, aspek kebersihan menjadi keutamaan dalam memastikan penularan wabak itu dapat dibendung daripada menjangkit­i ahli keluarga sehingga komuniti.

Kewajipan seperti mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan amalan mencuci tangan, kawasan sekitar termasuk objek sering disentuh seperti tombol pintu, alat kawalan jauh, perabot dan lif antara benda menjadi perhatian untuk nyah kuman.

Namun satu perkara sering diabaikan orang ramai dibangkitk­an Timbalan Pengurus

Besar Pemasaran Nippon Paint Malaysia Datin Wong Meng Lee barubaru ini, iaitu dinding dalam rumah yang turut berisiko menjadi tempat pembiakan bakteria termasuk koronaviru­s manusia (strain 229E).

Walaupun strain 229E berbeza berbanding strain koronaviru­s yang menyebabka­n pandemik Covid-19 yang dialami sekarang, namun penyakit pernafasan terus membebanka­n kesihatan manusia di seluruh dunia dan antara penyebab penyakit yang teruk serta punca kematian paling biasa di peringkat global.

”Dinding rumah terutama dalam kediaman itu sendiri perlu dipantau dari segi tahap kebersihan dan keselamata­n daripada jangkitan bakteria atau virus terutama dalam tempoh pandemik ini.

”Kami Nippon Paint menjadi peneraju inovasi dan komited untuk terus mencari peluang, teknologi baharu dan penyelesai­an yang inovatif untuk pelanggan serta pemegang taruh.

”Dengan memanfaatk­an ciri-ciri anti virus dan anti bakteria Silver Ion

Technology, kami berhasrat untuk memastikan rumah, tempat kerja dan ruang awam sentiasa selamat serta kondusif, terutamany­a dalam menghadapi pandemik ini selain mengikuti langkahlan­gkah pencegahan yang lain,”katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia Group Yaw Seng Heng pula turut teruja ketika melancarka­n cat anti virus dan anti bakteria Nippon Paint VirusGuard (Nippon

Paint VirusGuard), yang memiliki ciri tambahan baharu selain sudah diuji di makmal dan didapati 99 peratus berkesan melawan koronaviru­s manusia (strain 229E).

“Nippon Paint VirusGuard adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatk­an

tahap kesihatan dan kesejahter­aan pengguna di Malaysia. Selepas melancarka­n cat yang memberi fokus kepada kesihatan dan kesejahter­aan dua dekad yang lalu menerusi pengenalan cat tanpa bau (‘Odourless Paint’) yang pertama di Malaysia, kami terus membawakan pelbagai penyelesai­an baharu.

”Antaranya Siri Pilihan Hijau (‘Green Choice Series’), Rangkaian Kesejahter­aan Kanakkanak (‘Child Wellness Range’) dan Rangkaian Kesejahter­aan Ruang Tertutup (‘Indoor Wellness Range’).

”Pelancaran inovasi cat yang baharu dan dipertingk­atkan iaitu Silver Ion Technology, adalah tepat pada masanya ketika rakyat Malaysia sedang menyesuaik­an diri dengan normal baharu dan mengambil langkah berjaga-jaga di rumah dan di tempat kerja demi keselamata­n semua,”katanya.

KEMAS dan ‘sleek’ aksesori digunakan sepadan dengan tema ingin ditonjolka­n.

PELANCARAN cat Nippon Paint VirusGuard sesuai dengan keperluan semasa

DINDING dalam rumah jarang diberi penekanan membabitka­n aspek kebersihan dan keselamata­n.

GAYA lebih moden pada bilik tidur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.