RAKYAT SABAH PILIH KERAJAAN BAHARU HARI INI

Harian Metro - - Muka Depan -

Tuaran: Nasib boleh diubah menerusi sebuah kerajaan yang prihatin terhadap denyut nadi masalah dihadapi rakyat, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, rakyat Sabah memiliki rekod dalam pemilihan kerajaan berdasarka­n beberapa pertukaran parti yang menerajui kerajaan negeri dalam beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.

Menurut beliau, walaupun kurang tujuh bulan menerajui pentadbira­n negara, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat khususnya sepanjang Covid-19.

“Saya akui dipilih sebagai Perdana Menteri bukan seperti biasa kerana saya hadir ketika Malaysia berdepan krisis kepemimpin­an selepas Perdana Menteri sebelum ini meletak jawatan.

“Walaupun saya berada kurang tujuh bulan sebagai Perdana Menteri, tapi saya sudah usahakan dalam tempoh singkat cari jalan laksanakan usaha membantu membela nasib rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Rakyat di Kampung Sungai Damit di Tamparuli, semalam.

Turut hadir, calon PN bagi kerusi Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dan Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor.

MUHYIDDIN beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Iman, Tambunan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.