PENIPUAN HARTANAH FLORIDA PULA!

60 pelabur diperdaya ejen kononnya urus pembelian tanah di AS

Harian Metro - - Muka Depan - Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Pada awalnya, saya mendapat pulangan itu menyebabka­n saya menambah jumlah pelaburan bagi tiga lot tanah pada April dan Mei tahun sama”

Yoong

Menjanjika­n keuntungan sehingga tujuh peratus setiap tahun, satu syarikat pelaburan tanah disyaki menyasarka­n golongan profesiona­l melabur dalam skim ditawarkan mereka.

Setakat ini, difahamkan lebih 60 pelabur menjadi mangsa kegiatan syarikat berkenaan membabitka­n kerugian ratusan ribu setiap seorang.

Mangsa, Yoong Oei Ping berkata, dia diperkenal­kan skim itu oleh seorang wanita yang memintanya menghadiri satu taklimat di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Selangor, pada Februari 2018.

Akauntan berusia 56 tahun itu berkata, wanita terbabit mendakwa sebagai ejen hartanah di Malaysia yang dilantik oleh syarikat hartanah dari Florida, Amerika Syarikat untuk menguruska­n pelabur yang berminat membeli tanah di negara itu.

Katanya, dia tertarik dengan tawaran skim itu lalu membuat pembayaran lebih RM100,000 bagi satu lot tanah.

“Ejen menjanjika­n pulangan pelaburan tinggi untuk tempoh empat tahun dan mendapat hak milik tanah. Pada awalnya, saya mendapat pulangan itu menyebabka­n saya menambah jumlah pelaburan bagi tiga lot tanah pada April dan Mei tahun sama.

“Selepas itu, saya tidak lagi menerima sebarang pulangan lalu menghubung­i ejen untuk mengetahui status. Pelbagai alasan diberikan termasuk berlaku masalah di Amerika Syarikat sehingga menyukarka­n proses pindah milik tanah,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan

Awam MCA di sini, semalam.

Yoong yang tidak berpuas hati menghubung­i wakil peguam syarikat hartanah di Amerika Syarikat dan terkejut apabila mereka memberitah­u tidak menerima sebarang bayaran pelaburan daripada ejen terbabit.

Berikutan itu, Yoong meminta ejen memulangka­n semula wangnya berjumlah RM325,780 namun ejen itu gagal berbuat demikian lalu tampil membuat laporan polis pada 19 Mei lalu untuk tindakan lanjut.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali Chin berkata, dia mengalami kerugian RM110,000 akibat ditipu ejen syarikat hartanah terbabit.

Lelaki itu tampil membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau yakin polis menjalanka­n siasatan mengenai perkara itu dan sekiranya wujud unsur penipuan, tindakan undang-undang wajar diambil.

Beliau berkata, orang ramai perlu berhati-hati dengan tawaran skim pelaburan hartanah di luar negara bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

MANGSA menunjukka­n dokumen pelaburan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.