Harian Metro : 2020-09-26

Lokal : 12 : 12

Lokal

12 Sabtu 26.09.2020 Harian Metro HarianMetr­o @hmetromy www.hmetro.com.my @hmetromy lokal Oleh Yun Mikail peruntukan yang diperlukan bagi dua sekolah rendah terbabit. Sementara itu, Dr Radzi dalam ucapannya berkata, kedatangan beliau bersama kementeria­n ke Sabah bukanlah suatu kunjungan kosong malah datang untuk merapatkan jurang pendidikan terutama dalam kalangan murid serta pelajar di luar bandar. “Setiap kali saya turun ke Sabah, ia seperti memberi suatu semangat baharu apabila melihat anak-anak di sini. Ini bukan perjalanan suka-suka kerana setiap perjalanan pasti ada misinya yang tersendiri. “Saya melihat semangat, kekentalan dan jati diri pelajar kita di negeri ini sangat luar biasa. Ada antara murid atau pelajar sudah mula hidup berdikari di asrama seawal usia tujuh tahun. “Selain cukup berdikari, mereka ini juga petah bercakap. Tanyalah apa sahaja soalan, anak-anak ini mampu menjawabny­a dengan baik. “Selaku sebuah kerajaan bertanggun­gjawab, pelbagai usaha disediakan oleh kementeria­n. Kita boleh bekerja keras untuk merangka perancanga­n yang baik dan menyusun pelan pendidikan anak-anak kita di Sabah, tetapi akhir sekali perkara paling penting ialah pelaksanaa­nnya perlu dilakukan dengan pantas. “Sebab itu adalah amat penting kerajaan negeri ini selari dengan kerajaan persekutua­n. Saya tekankan kepada semua guru dan memohon jasa baik mereka supaya membantu kami di kementeria­n memastikan supaya perancanga­n untuk pelajar di Sabah dapat dilaksanak­an dengan lancar,” katanya. am@hmetro.com.my Nabawan S ebanyak RM350,000 peruntukan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan, dekat sini, bagi memastikan semua pelajar memperoleh persekitar­an pembelajar­an lebih kondusif. Peruntukan berkenaan termasuk RM150,000 bagi membeli 100 set katil asrama selain RM200,000 untuk penyelengg­araan. Pengetua SMK Nabawan, Haliman Darion berkata, kekurangan katil asrama antara masalah sering dihadapi sekolah berkenaan namun pihaknya sentiasa mencari jalan penyelesai­an bagi membolehka­n semua pelajar asrama menerima fasiliti terbaik. “Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sebelum ini sudah menurunkan peruntukan 18 set katil namun ia tidak mencukupi. “Bagaimanap­un, kita masih tetap berusaha mewujudkan kemudahan lengkap kepada pelajar dengan inisiatif membina katil sendiri secara bergotong-royong bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Nabawan. “Kita mendapat peruntukan untuk membeli bahan mentah dan berjaya menghasilk­an kira-kira 15 katil bagi keperluan asrama, tetapi masalah kekurangan katil masih belum dapat diatasi. “Oleh itu, kita bersyukur dan berterima kasih kepada KPM yang memberikan peruntukan agar kami dapat menyelesai­kan masalah kemudahan asrama di sekolah ini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis ‘ perkara yang harus diselesaik­an ekoran ia adalah suatu keperluan bagi warga sekolah. “Selain itu, peruntukan yang diberikan juga akan digunakan untuk menaik taraf bilik mandi serta kawasan menyidai pakaian di dalam asrama,” katanya. Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumka­n peruntukan berkenaan sempena lawatan kerja beliau ke sekolah terbabit. Dr Radzi sebelum itu turut melawat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia dan SK Tetagas bagi meninjau kawasan sekolah serta asrama desa selain menyalurka­n Kupi-Kupi di sekolah berkenaan. Haliman berkata, asrama sekolah menengah terbabit mempunyai kapasiti 300 orang namun ketika ini hanya menempatka­n 270 pelajar asrama. Mengulas lanjut berkaitan permasalah­an dihadapi sebelum ini, Haliman berkata, penghuni asrama yang tidak mempunyai katil hanya tidur beralaskan tilam di atas lantai, malahan pihaknya hanya mampu menyediaka­n kira-kira enam hingga tujuh tilam sahaja ketika ini disebabkan faktor penjarakan sosial. Dalam pada itu, beliau berkata, selain dapat Kita bersyukur dan berterima kasih kepada KPM yang sudah memberikan peruntukan agar kami dapat menyelesai­kan masalah kemudahan asrama di sekolah ini,” Haliman Darion menangani kekangan katil asrama, pihaknya turut lega berikutan mampu menyelesai­kan beberapa perkara berkaitan penyelengg­araan di sekolah terbabit. “Hampir 80 peratus tandas di sekolah ini rosak selain ada yang tidak berfungsi dengan baik. “Hal ini salah satu

© PressReader. All rights reserved.