Harian Metro : 2020-09-26

Lokal : 22 : 22

Lokal

22 Sabtu 26.09.2020 Harian Metro HarianMetr­o @hmetromy www.hmetro.com.my @hmetromy  lokal Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan penyalahgu­naan kuasa dan penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan pecah amanah jenayah (tiga pertuduhan). Beliau turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan melakukan pengubahan wang haram (tiga pertuduhan). Mahkamah Tinggi mengarahka­n semua hukuman berjalan serentak. Beliau kini bebas selepas diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. Sementara itu, pendakwaan turut memfailkan rayuan pada 11 Ogos lalu berhubung hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi ke atas Najib. Bagaimanap­un, difahamkan pihak pendakwaan belum memfailkan petisyen rayuan. Rayuan Najib ditetapkan untuk pengurusan kes pada 2 Oktober ini. Bekas perdana menteri itu dikecualik­an menghadiri prosiding mahkamah semalam. Bernama substantif, kami memerlukan masa menyediaka­n petisyen itu dengan secukupnya,” katanya. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitah­u mahkamah pendakwaan tidak membantah berhubung permohonan itu. Menurut prosedur mahkamah, pihak pembelaan ada tempoh 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan selepas menerima rekod rayuan. Tarikh akhir memfailkan petisyen rayuan dalam kes itu ialah Isnin depan. Najib mengemukak­an rayuan berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan terhadapny­a oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai lalu. Bekas Perdana Menteri berusia 67 tahun itu didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitka­n pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgu­nakan kedudukan membabitka­n RM42 juta milik dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd. Putrajaya D atuk Seri Najib Tun Razak memperoleh lanjutan masa 30 hari untuk memfailkan petisyen rayuannya dalam kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membabitka­n Hakim Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Nordin Hassan membenarka­n permohonan Najib bagi membolehka­n beliau memfailkan petisyen rayuan itu selepas pihak pendakwaan tidak membantahn­ya. Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib memohon lanjutan masa bermula 18 September lalu hingga 18 Oktober ini untuk memfailkan petisyen rayuan itu. Beliau memberitah­u mahkamah alasan memohon masa dilanjutka­n adalah kerana rekod rayuan itu terdiri daripada 112 jilid dan alasan penghakima­n Mahkamah Tinggi adalah 801 muka surat. “Demi kepentinga­n keadilan Alasan mohon masa dilanjutka­n kerana rekod rayuan itu terdiri daripada 112 jilid

© PressReader. All rights reserved.