Harian Metro : 2020-09-26

Rapxtra : 34 : 34

Rapxtra

| RAPXTRA 34 HARIAN METRO SABTU 26 SEPTEMBER 2020 Saya adalah seorang yang sangat tidak takut dengan apa juga cabaran. Kalau boleh, saya memang mahukan setiap watak diberikan kepada saya membangkit­kan rasa membara-bara untuk saya lunaskan MILLIE BOBBY BROWN bersyukur sifat terbabit memang cukup menebal dalam dirinya. “Saya adalah seorang yang sangat tidak takut dengan apa juga cabaran. Kalau boleh, saya memang mahukan setiap watak diberikan kepada saya membangkit­kan rasa membara-bara untuk saya lunaskan. “Elemen itulah yang membantu saya membentuk acuan bakat seni dalam diri agar menjadi lebih berkualiti. Sebolehnya, saya mahu diingati untuk setiap hasil kerja meski sekecil mana pun watak saya. “Sebagaiman­a dalam Enola, saya tampil dengan jiwa muda remaja penuh rasa ingin tahu. Saya juga kembali mengasah kemampuan slanga British yang sudah lama saya sendiri tidak praktikkan,” katanya. Enola Holmes yang diadaptasi daripada novel berjudul sama tulisan Nancy Springer itu turut dibintangi Henry Cavill, Sam Claflin, dan Helena Bonham Carter. Ia turut menampilka­n bakat muda iaitu Louis Patridge.

© PressReader. All rights reserved.