Harian Metro : 2020-09-26

Dekotaman : 37 : 37

Dekotaman

DEKOTAMAN | 37 HARIAN METRO SABTU 26 SEPTEMBER 2020 minimalis selain ruang terbuka sesuai untuk anak bebas bergerak dalam rumah,”katanya. Dia yang juga memiliki kelulusan dalam bidang kimia itu menyifatka­n ‘pinterest’ antara ‘guru’ paling ideal untuk dia tampil dengan konsep tersendiri dan tidak rigid terhadap satusatu konsep. “Rujukan saya sehinggala­h terhasil ruang-ruang dengan dekorasi ini pastinya ‘pinterest’. Saya ini tidak ada pembelajar­an formal tetapi semua atas dasar minat apatah lagi selepas berkahwin berpindah ke rumah sendiri, saya isi masa dan minat itu untuk hias ruang seperti diimpikan. “Setakat ini suami tiada masalah kerana kami mempunyai cita rasa sama dalam pilihan perabot ataupun konsep tata hias ruang yang ada. Tetapi ‘highlight’ dalam keseluruha­n projek menghias kediaman ini ialah perabot diwarisi daripada ibu mentua. “Istimewany­a kerusi kayu berusia 60 tahun. Nilai sentimenta­l itu cukup tinggi apabila ibu mentua saya sanggup menyerahka­n perabot kesayangan untuk kami dan dimuatkan di ruang tamu utama. “Kayu sebelum zaman perang Jepun itu menjadi fokus dalam susun atur dan pemilihan konsep apabila saya merujuk ke ‘pinterest’ mendapati kombinasi gaya ‘mid century’ paling sepadan,” katanya. Tidak menolak selain ruang tamu antara paling mencabar daripada pemilihan tema sehinggala­h perabot, ruang kegemarann­ya iaitu dapur menjadi kemuncak kepada semua kerja-kerja tata hias. “Kalau cabaran untuk perincian bagi ruang, suka saya kongsikan pengalaman ketika menyiapkan dekorasi ruang dapur yang mana mengambil masa tidak kurang enam bulan. “Bahagian paling susah ialah pemisah di dapur yang mana saya cari sendiri kontraktor lebih kurang tiga hingga empat bulan dan menilai mana yang paling menepati kos serta†kualiti kerja termasuk penggunaan material seperti dalam pelan. “Untuk bahagian dapur terutama kabinet, hampir 80 peratus adalah IKEA dan meja pulau di tengah juga menggunaka­n daripada gudang perabot ternama itu kerana konsep skandivia diguna pakai pada ruang berkenaan,”katanya. Tidak lupa menggunaka­n kreativiti dan mahu sesuatu ruang itu tampak unik, Nurfarahin juga tidak terkecuali menggunaka­n konsep lakukan sendiri (DIY) pada perabot sedia ada. “Sebab pilihan perabot agak terhad dari segi rekaan dan perincian, saya terpaksa ubah suai supaya ia menepati konsep atau ‘visualized’ diingini. “Sebagai contoh perabot IKEA berwarna putih polos dan kosong, saya ubah sikit dengan suntikan etnik apabila adanya anyaman seperti tikar daripada rotan atau buluh dipotong dan dilekatkan di bahagian hadapan almari kasut. Hasilnya sepadan dengan konsep warna kayu seperti aksesori lain pada ruang berkenaan,”katanya. FOTO: MUHD ASYRAF SAWAL

© PressReader. All rights reserved.