Harian Metro

Dua drebar maut

-

Kuala Lumpur: Dua pemandu treler maut selepas kenderaan berat yang membawa muatan besi rod dan almari besi bergesel sebelum terbabas ke dalam gaung di Kilometer 421.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampira­n Bukit Tagar, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan jam 5 pagi itu ialah S Esaias, 44, beralamat di Sungai Lalang, Bedong, Kedah dan Asmawi Abdullah, 46, beralamat di Parit Sungai Abdullah, Bagan Serai,

Perak.

Beliau berkata, S Esaias dan Asmawi masing-masing memandu treler Hino yang membawa muatan besi rod serta treler Scania yang membawa muatan almari besi, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, tangan dan badan.

“Treler dipandu S Esaias yang dalam perjalanan dari Batu Kurau, Perak ke Kuala Lumpur bergesel dengan treler dipandu Asmawi di lorong kecemasan menyebabka­n kedua-duanya gagal mengawal kenderaan hingga terbabas ke dalam gaung di kiri lebuh raya,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia