Harian Metro

CALON DUN PITAS POSITIF COVID-19

Sufian sah dijangkiti wabak, gesa kontak rapat buat ujian saringan

- Oleh Yun Mikail am@hmetro.com.my

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pitas, Sufian Abd Karim disahkan positif Covid-19.

Sufian menerusi laman sosial Facebook peribadiny­a memaklumka­n perkara itu selepas menerima keputusan ujian, semalam.

“Saya, Sufian Abd Karim, calon BN bagi Dun Pitas baru saja mendapat keputusan ujian Covid-19 dan disahkan positif.

“Saya memohon maaf kepada semua pengundi, petugas, jentera, rakan-rakan dan saudara-mara yang sudah membantu sepanjang tempoh berkempen. “Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan kesembuhan segera.

“Maaf atas segala kesulitan dan semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Sufian turut meminta semua pihak yang pernah bersamanya sepanjang tempoh berkempen agar mengambil langkah berjaga-jaga selain membuat ujian saringan.

“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini Sufian

 ??  ?? SUFIAN disahkan positif jangkitan Covid-19, semalam.
SUFIAN disahkan positif jangkitan Covid-19, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia