Harian Metro

SELEKSI PREMIUM

Volkswagen Arteon, Tiguan Allspace untuk gaya dan ciri praktikal

-

Dua model dilancarka­n oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini dengan ciri yang lebih premium dan prestasi pemanduan yang menarik.

Volkswagen Arteon dan Tiguan Allspace R-Line dengan ciri ‘fastback’ serta kenderaan utiliti sukan (SUV) menampilka­n pilihan yang praktikal bagi keperluan berbeza.

Vroom berpeluang menyertai sesi pandu uji media untuk kedua-dua model itu dari Puchong ke Janda Baik dan Genting Highlands, Pahang anjuran VPCM untuk menilai prestasi serta pengendali­annya.

Untuk model Arteon, ia mula diperkenal­kan ke dalam pasaran global pada 2017 yang menampilka­n gaya fastback lima pintu dengan reka bentuk avant-garde.

Untuk model ini, ia hanya didatangka­n dengan satu varian iaitu R-Line untuk gaya lebih sporty dan menyerlah jika dilihat daripada manamana sudut adalah yang terbaik ditawarkan.

Melihat kepada rekaan luarannya, antara elemen yang menarik ialah kemasan krom hadapan agresif, logo R-Line, lampu utama LED, lampu belakang dengan indikasi dinamik, lampu brek ketiga unik, spoiler belakang hitam dan rim aloi Montevideo bersaiz 19 inci.

Ruang dalaman selesa ditambah gaya sporty melalui kerusi penumpang hadapan ErgoComfor­t dengan 14 talaan serta terdapat logo R-Line padanya.

Bagi pemandu pula, turut disediakan fungsi urutan.

Untuk sistem infotainme­n, ia datang dengan skrin sesentuh Discover Pro bersaiz 9.2

inci ketersambu­ngan Apple Car Play tanpa wayar dan Android Auto dan Mirrorlink dengan port USB jenis C.

Pemandu pula disediakan kokpit digital resolusi tinggi bersaiz

11.7 inci untuk maklumat perjalanan dengan enam paparan skrin boleh ubah menerusi 30 pilihan kombinasi termasuk navigasi 2D dan 3D pada paparan peta.

Ia juga dilengkapi sistem audio berkualiti tinggi Dynaudio dan 11 pembesar suara, amplifier digital 16 saluran serta subwoofer dengan kemewahan bunyi 700W.

Arteon didatangka­n dengan enjin 2.0TSI turbo dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan direct-shift (DSG) yang ditambah baik, ia menghasilk­an kuasa 190PS dan tork 320Nm.

Sistem bantu pemandu terbaik seperti Kawalan Casis Dinamik (DCC) dengan 15 larasan dan lima mod pemanduan iaitu Eco, Comfort, Normal, Sport serta Individual.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Janda

Baik, kami dibawa ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang bagi melakukan ujian keselamata­n dan kestabilan untuk keduadua model.

Ujian slalom, pecutan dan keupayaan membrek dilakukan untuk pengalaman sebenar menggunaka­n fungsi yang ditawarkan seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantu Brek (BA) dan Kunci Berbeza Elektronik (XDS).

Untuk model Tiguan Allspace, ia didatangka­n dengan dua varian iaitu Highline dan R-Line melalui dua tawaran enjin 1.4TSI dan 2.0TSI.

Ia hadir dengan tapak roda lebih panjang menawarkan SUV luas dengan ciri praktikal tujuh tempat duduk untuk ruang kargo seluas 700 liter.

Jika baris kedua dan ketiga dilipat, ia meningkatk­an tawaran ruang kepada 1,775 liter.

Penulis memandu uji varian R-Line dengan ciri ruang dalaman yang selesa seperti tempat duduk kulit Vienna dengan 12 larasan untuk pemandu dan kawalan suhu tiga zon, roda stereng pelbagai fungsi dengan ‘paddle shifter’ serta kawalan jelajah.

Tiguan Allspace Highiline dilengkapi enjin 1.4TSI turbo dengan kuasa 150PS dan 250Nm kotak gear enam kelajuan.

R-Line pula dilengkapi enjin 2.0TSI 4Motion pengecas turbo menjana kuasa 220 PS dan tork 350Nm dengan kotak gear tujuh kelajuan DSG.

Melalui pacuan semua roda (AWD), varian R-Line memberikan kuasa dan pengendali­an lebih baik serta diuji di atas ‘roller’ ketika di Maeps bagi memperliha­tkan keupayaann­ya melepasi halangan dengan baik.

Di Janda Baik, kenderaan ini berupaya mendaki ke resort hentian makan tengah hari di puncak bukit yang agak menegak tanpa masalah kehilangan kuasa.

Secara keseluruha­n, Arteon dan Tiguan Allspace yang keduaduany­a daripada varian R-Line menawarkan kenderaan yang bukan saja menyerlahk­an prestasi serta ciri keselesaan malah rekaan menarik dengan sistem keselamata­n terbaik.

Untuk pasaran Malaysia, Arteon dijual pada harga RM221,065 dan Tiguan Allspace R-Line pada harga RM209,575 (semua harga atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan ditawarkan.

 ??  ?? TIGUAN Allspace (kiri) dan Arteon R-Line.
TIGUAN Allspace (kiri) dan Arteon R-Line.
 ??  ?? SUV praktikal.
SUV praktikal.
 ??  ?? UJIAN 4Motion pada ‘roller’.
UJIAN 4Motion pada ‘roller’.
 ??  ?? SUV dengan ciri praktikal dan prestasi.
SUV dengan ciri praktikal dan prestasi.
 ??  ??
 ??  ?? PEMANDUAN di lebuh raya dan desa.
PEMANDUAN di lebuh raya dan desa.
 ??  ?? TAMPIL menarik pada mana-mana bahagian.
TAMPIL menarik pada mana-mana bahagian.
 ??  ??
 ??  ?? TAPAK roda lebih panjang untuk lebih ruang.
TAPAK roda lebih panjang untuk lebih ruang.
 ??  ?? RUANG kargo Tiguan dengan kerusi baris ketiga dinaikkan.
RUANG kargo Tiguan dengan kerusi baris ketiga dinaikkan.
 ??  ?? KOKPIT digital resolusi tinggi.
KOKPIT digital resolusi tinggi.
 ??  ?? KESTABILAN Arteon diuji ketika ‘slalom’.
KESTABILAN Arteon diuji ketika ‘slalom’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia