Harian Metro

ANEMIA SEBABKAN SESAK NAFAS

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asykin.mat@hmetro.com.my

Ada satu punca sesak nafas yang kurang diketahui umum dan perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda individu itu mengalami anemia (kekurangan darah).

Pakar Perunding Hematologi Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Henning Loo berkata, anemia bukan penyakit, tetapi gejala kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam tubuh dan ia boleh menyebabka­n kesukaran bernafas.

Menurutnya, masalah sesak nafas terjadi apabila tisu badan terutama tisu organ utama seperti jantung dan paru-paru tidak menerima bekalan oksigen mencukupi daripada sel darah merah kerana kekurangan sel berkenaan.

“Bagi pesakit jantung, kekurangan darah menyebabka­n mereka sukar bernafas yang disertai dengan kesakitan pada dada.

“Lazimnya, pesakit jantung, salur darah ke jantungnya tersumbat sekurang-kurangnya 50 peratus menyebabka­n bekalan darah ke organ ini berkuranga­n dan mengakibat­kan gejala itu menjadi lebih teruk,” katanya.

Beliau berkata, individu kekurangan darah yang sedikit tidak akan mengalami gejala anemia ketara.

“Bagaimanap­un, dia dapat merasai perubahan semasa berjalan dengan berasa mengah apabila berjalan 100 meter berbanding sebelum ini pada jarak yang lebih jauh.

“Pesakit anemia juga boleh rasa pening kerana kekurangan oksigen di otak dan berisiko pengsan,” katanya.

Menurut Dr Henning, ada tiga punca menyebabka­n anemia.

Pertama, masalah sum-sum tulang yang mengakibat­kan gangguan pengeluara­n sel darah merah.

“Sum-sum tulang berfungsi menghasilk­an semua sel darah iaitu sel merah, sel darah putih dan platelet.

“Punca kedua adalah sel darah merah dimusnahka­n lebih awal disebabkan penyakit tertentu.

“Jangka hayat sel darah merah yang normal dalam badan ialah kira-kira 120 hari sebelum digantikan sel baharu,” katanya.

Menurut Dr Henning, punca terakhir ialah pendarahan yang kebiasaann­ya dialami wanita ketika haid dan ditambah pula mereka tidak mengambil zat besi mencukupi dalam tempoh itu (haid).

“Bagi warga emas, kita bimbang mereka mempunyai pendarahan dalam usus atau perut kerana gastrik atau masalah lebih serius seperti kanser usus.

“Kanak-kanak yang mengalami anemia pula kerana tidak mengamalka­n kebersihan, berkemungk­inan akibat jangkitan cacing seperti ‘hookworm’,” katanya.

Menurut Dr Henning, cara untuk mengetahui individu itu mengalami anemia atau tidak ialah melalui ujian darah bagi mengetahui paras hemoglobin.

“Ini kerana paras hemoglobin yang normal bagi wanita di antara 12.0 hingga 15.5 gram per deciliter (g/dL) manakala lelaki ialah 13.5 hingga 17.5 g/dL.

“Pemeriksaa­n lanjut turut dilakukan untuk mengetahui punca individu mengalami anemia,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, ujian ‘peripheral blood smear’ dilakukan untuk melihat jumlah dan bentuk sel darah di dalam badan serta sel darah tidak normal.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru SMCV, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, sesak nafas yang dikaitkan dengan penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku selain radang paruparu ialah tibi, paru-paru berair, penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik dan barah paru-paru.

“Bagi yang mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, mereka berkemungk­inan mengalami ‘pneumothor­ax’ (udara berada antara paruparu dan dinding dada).

“Namun jika mengalami sesak nafas berterusan dan semakin teruk ditambah pula pendedahan asap rokok, mungkin pesakit menghidap penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD),” katanya.

 ??  ?? DR Henning
DR Henning
 ??  ?? DR Nurul Yaqeen
DR Nurul Yaqeen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia