Harian Metro

‘Saya tanggung kekalahan ini’

-

Kuala Terengganu: “Saya bertanggun­gjawab.” Demikian reaksi ketua jurulatih PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad selepas pasukannya mengucap selamat tinggal dalam saingan Liga Super musim depan apabila tewas di tangan Terengganu FC (TFC) kelmarin.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak itu, skuad The Cops ternyata gagal menyaingi kehebatan pemain Penyu selepas tewas 0-4 sekali gus gagal mengutip sebarang mata setakat ini dalam carta liga dan menghuni tangga tercorot liga.

“Kami dibolosi empat gol tanpa balas, saya bertanggun­gjawab sepenuhnya atas kekalahan malam ini (kelmarin), mungkin percaturan kami tidak menjadi sehingga kami dihukum pihak lawan.

“Lagi satu saya lihat pemain tidak cukup agresif dan kurang tajam terutama dalam kawasan gol lawan, tapi saya tiada pilihan kerana pemain ini sahaja kami ada ditambah beberapa pemain mengalami kecederaan.

“Jadi untuk baki dua perlawanan lagi, kami berusaha memperbaik­i mutu permainan dan mahu pamerkan corak permainan terbaik biarpun sah tersingkir daripada Liga Super musim depan,” katanya.

Ketika ditanya proses penswastaa­n kelab kerana pasukan itu antara tiga pasukan yang belum melengkapk­annya sebelum 30 September ini, Ishak enggan mengulas sebaliknya menyerahka­n kepada pihak pengurusan.

Sementara itu, ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain lega selepas pasukannya kembali melakar kemenangan selepas tewas tiga aksi berturut-turut sebelum ini kepada Melaka, JDT dan dikejutkan pendatang baharu Liga Super, UiTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia