Harian Metro

PASUKAN HEBAT BUKAN KERANA DUIT

Pelaburan sains sukan, kemudahan latihan dan pusat rawatan antara faktor sumbang kejayaan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Jika kita laburkan dengan cara yang betul dengan membina pusat latihan dan infrastruk­tur lengkap selain menerapkan sains sukan sudah pasti dapat membentuk skuad mantap yang dapat beraksi baik di atas padang”

Stuart Ramalingam

Jurang perbezaan antara pasukan di tangga teratas dan tercorot bukanlah disebabkan faktor kewangan semata-mata namun sebenarnya ramai terlepas pandang bahawa pelaburan membabitka­n sains sukan dan kemudahan latihan serta pusat rawatan antara faktor menyumbang kejayaan sesebuah pasukan.

Malah, situasi yang hanya melabur kepada gaji pemain tanpa memikirkan pembanguna­n terbabit menyebabka­n jurang perbezaan antara pasukan semakin besar sekali gus ramai berpendapa­t bahawa faktor kewangan adalah segalanya.

Perkara terbabit diakui Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam yang menggesa berhenti menyalahka­n ‘faktor kewangan’ menyebabka­n berlakunya jurang antara pasukan teratas dan bahawahan.

Beliau berkata, UiTM antara contoh terbaik yang boleh dilihat pasukan lain apabila mereka menggunaka­n sebaik mungkin tenaga pakar daripada universiti untuk membentuk skuad mantap hingga mampu berada di kelompok teratas Liga Super.

‘‘Ramai yang berpendapa­t apabila penswastaa­n pasukan nanti akan menyebabka­n jurang pasukan lebih besar terutama mereka yang mempunyai kewangan stabil dan kukuh seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).

‘‘Namun, jika kita laburkan dengan cara yang betul dengan membina pusat latihan dan infrastruk­tur lengkap selain menerapkan sains sukan sudah pasti dapat membentuk skuad mantap yang dapat beraksi baik di atas padang.

‘‘UiTM antara pasukan yang kini dilihat kurang daripada segi kewangan namun bijak menggunaka­n kemudahan yang ada untuk membina pasukan bersaing dalam Liga Super,’’ katanya ketika ditemui Arena Metro.

Mengikut rekod, skuad pimpinan Frank Bernhardt seharusnya berbangga apabila pasukan bertaraf universiti itu bukanlah dikategori­kan sebagai belasahan dengan ketika ini menghuni tangga keempat Liga Super.

Sementara itu, Stuart berkata, setiap pasukan sudah perlu mengorak langkah bekerjasam­a dengan universiti tempatan dalam membentuk skuad lebih mantap terutama membabitka­n sains sukan.

‘‘Berhenti mengatakan ada duit semuanya boleh dengan menjalinka­n kerjasama dengan universiti tempatan yang diketahui mempunyai kepakaran dalam bidang sains sukan seterusnya mampu mencipta keputusan lebih baik di atas padang,’’ katanya.

 ??  ?? STUART anggap tidak wajar menyalahka­n faktor kewangan sebagai punca jurang antara pasukan.
STUART anggap tidak wajar menyalahka­n faktor kewangan sebagai punca jurang antara pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia