Harian Metro

‘Saya syukur sangat-sangat’

Mangsa kediaman musnah dalam kebakaran terima bantuan kewangan RM5,000

- Oleh Hassan Omar am@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT. Terima kasih kepada tabung Bantuan Metro Prihatin serta orang ramai kerana sudi menghulurk­an sumbangan untuk saya sekeluarga,” kata mangsa kebakaran, Zakaria Abdul Rahman, 57.

Terdahulu, pada kejadian 6.45 petang, 9 September lalu, kediaman Zakaria di Kampung Solok Seberang Perai, Sungai Petai di sini, yang dihuni bersama ibu, Ramlah Lisut, 72, dan seorang adiknya, Mokhtar, 56, musnah terbakar.

Zakaria yang belum berkahwin kemudianny­a menumpang di rumah seorang rakan.

Ramlah pula menumpang di rumah seorang lagi anaknya, Abdul Malek, 53, di sebuah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mokhtar yang juga anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) pula membina pondok berhampira­n PPRT berkenaan sebagai tempat berteduh.

Menurut Zakaria, sumbangan RM5,000 diterima daripada Bantuan Metro Prihatin akan digunakan untuk membeli barangan keperluan.

“Pada pertengaha­n November lalu, saya menerima panggilan daripada kakitangan Harian Metro yang memaklumka­n bahawa Bantuan Metro Prihatin akan menyumbang RM5,000 kepada kami. Pada 17 November lalu, saya menerima sumbangan berkenaan yang dipindahka­n ke akaun bank saya. Wang itu akan digunakan untuk membeli peti sejuk dan makanan,” katanya di Kampung Solok Seberang Perai.

Menurut Zakaria, dia mengambil upah melakukan kerja kampung selain pendawaian elektrik selepas bersara daripada bekerja di sebuah kilang dua tahun lalu.

Pada masa sama, Zakaria berkata, Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rembia berjanji akan bina Rumah Sejahtera Rakyat milik kerajaan di tapak kediaman yang terbakar itu.

“Saya harap pihak berkaitan dapat membantu menyegerak­an pembinaan rumah yang bernilai kira-kira RM40,000 itu.

“Apabila siap, saya boleh bawa ibu dan adik untuk tinggal bersama,” katanya.

Zakaria ambil upah melakukan kerja kampung selain pendawaian elektrik

 ?? MOKHTAR di pondok tempatnya berteduh. ?? ZAKARIA menunjukka­n tapak rumah yang sudah dibersihka­n daripada sisa kebakaran.
MOKHTAR di pondok tempatnya berteduh. ZAKARIA menunjukka­n tapak rumah yang sudah dibersihka­n daripada sisa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia