Harian Metro

Indikator kian positif

Harga sawit naik lebih RM3k satu tan, getah RM6.33 sekilogram

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Sektor pembuatan dan pertanian antara penyumbang utama dalam membantu pertumbuha­n ekonomi negara semasa penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup berkata, sektor perkhidmat­an adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

Menurutnya, sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 57.7 peratus pada 2019, diikuti pembuatan (22.3 peratus), pertanian, perlombong­an dan penkuarian (7.1 peratus) dan pembinaan (4.7 peratus).

“Bagaimanap­un, kadar penguncupa­n lebih rendah berbanding suku kedua tahun ini dan kerajaan yakin kesan penyederha­naan pertumbuha­n ekonomi ini bersifat sementara sahaja.

“Beberapa indikator yang terkini mula menunjukka­n prestasi ekonomi negara semakin bertambah baik. Indeks pengeluara­n sektor pembuatan meningkat 2.1 peratus pada September lalu berbanding penguncupa­n 2.1 peratus pada Ogos.

“Harga minyak sawit mentah kembali mencecah paras melebihi RM3,000 per tan pada November lalu iaitu berharga RM3,422 per tan berbanding paras terendah RM2,074 per tan pada Mei

lalu.

“Harga getah SMR20 pula meningkat RM6.33 sekilogram pada November berbanding RM4.73 sekilogram pada April,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Arthur menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) mengenai kedudukan sektor yang menyumbang pertumbuha­n ekonomi negara semasa Covid-19.

Beliau berkata, ekonomi negara dijangka pulih pada tahun hadapan dengan anggaran pertumbuha­n antara 6.5 dan 7.5 peratus.

Katanya, ia adalah seiring unjuran pertumbuha­n oleh Tabung Kewangan Dunia (IMF) sebanyak 7.8 peratus dan Bank Dunia 6.3 peratus.

Harga minyak sawit mentah kembali cecah paras melebihi RM3,000 per tan pada November lalu

 ??  ?? HARGA getah SMR20 pula meningkat RM6.33 sekilogram pada November berbanding RM4.73 sekilogram pada April.
HARGA getah SMR20 pula meningkat RM6.33 sekilogram pada November berbanding RM4.73 sekilogram pada April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia