Harian Metro

Kerjasama Co-opbank, Omnia tawar pakej pengiklana­n PKS

-

Co-opbank Pertama (CBP) meluaskan lagi perkhidmat­annya melalui kerjasama dengan Media Prima Omnia (Omnia) bagi menyediaka­n pakej pembiayaan dan pengiklana­n khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, pihaknya yakin menerusi kerjasama itu dapat membuka akses pelanggan PKS CBP serta menyediaka­n kemudahan pembiayaan pada kadar rendah.

Katanya, ia juga dapat membantu peminjam memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka terus kepada pelanggan sasaran menerusi pengiklana­n di platform Media Prima Berhad.

“Dengan kerjasama ini, ia memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan kami khususnya PKS yang kini bukan sekadar boleh membuat pembiayaan dengan CBP, tetapi juga ditawarkan sekali pakej pengiklana­n daripada Omnia jika mereka berminat.

“Nilai tambah yang ditawarkan CBP dan Omnia ini diyakini mampu menarik lebih ramai pelanggan baharu.

“Malah, kerjasama dengan Omnia ini saya lihat akan mendekatka­n lagi produk CBP dengan pelanggan kami menggunaka­n platform mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Ekskeutif CBP, Mohd Nor Abd Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Omnia, Datuk Michael Chan.

Sementara itu, Chan berkata, pihaknya berharap menerusi kerjasama itu akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

“Kami menawarkan pakej pengiklana­n istimewa kepada pelanggan CBP dan mereka akan menikmati kadar lebih baik berbanding kadar biasa yang ditawarkan Omnia.

“Kami akan membantu pelanggan CBP menerusi kerjasama unik ini untuk meluaskan lagi capaian pemasaran mereka,” katanya.

 ??  ?? MOHD Nor (kiri) bertukar dokumen dengan Chan sambil disaksikan Kamari (dua dari kiri).
MOHD Nor (kiri) bertukar dokumen dengan Chan sambil disaksikan Kamari (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia