Nota Cantik

12 Helah Cantik Walau Kurang Tidur

Jelita - - Muka Depan -

Jelita himpun produk hebat dan berbaloi untuk dimiliki bulan ini.

Farmasi (FCC) BB Cream, RM42 Mengandungi kolagen dan minyak argan untuk memperbaiki kulit serta mengurangkan tanda penuaan seperti garis halus. Teksturnya ringan membuatkan ia tidak menutupi liang roma selain boleh mengelakkan jerawat. Himalaya Clear Complexion Whitening Day Cream, RM43.90 Produk ini membantu menyamar pigmentasi dan lingkaran gelap bawah mata. Malah, ia turut melindungi kulit dari sinar UV. Shiseido Maquillage Dramatic Lip Treatment, RM79.50 Oleskan produk ini pada bibir sebelum memulakan solekan ataupun selepasnya. Bibir akan sentiasa lembap dan tidak kering lagi. Revlon Photo Ready InstaFix Makeup, RM51.90 Teknologi light-filtering yang terdapat pada produk ini menjadikan kulit kelihatan sempurna tanpa sebarang cela bila disapu pada wajah. Boleh digunakan sebagai asas solekan ataupun memperkemaskan wajah pada bila-bila masa. Botaneco Garden Trio Oil Shampoo Hair Fall Control, RM19.90 Cucian rambut dengan syampu yang mengandungi 100 peratus bahan semula jadi ini menjadikan rambut lebih lembut dan licin.

Catrice Multi Matt Blush, RM19.90 Teksturnya ringan dan lembut sesuai diaplikasikan dengan berus pemerah pipi bersaiz besar untuk menyerlahkan kesegaran keseluruhan solekan wajah. Innisfree Vivid Tint Rouge, RM40 Terdapat 10 pilihan rona untuk menyerikan lagi wajah anda. Bibir sentiasa ceria dengan olesan gincu ini.

ZA Killer Volume Curl Mascara, RM39.90 Serlahkan solekan mata dengan maskara ini. Layangkan dua kali untuk efek lebih dramatik.

Hada Labo Hydrating Light Cream, RM65.90 Membekalkan lembapan terunggul pada kulit dengan kandungan pH seimbang dan bebas pewarna, pewangi dan minyak mineral yang menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

LipHop Ultra Whitening Sun Protection Milk SPF 80 PA+++, RM34.90 Mengandungi ekstrak beri acai dengan antioksida untuk menghalang kerosakan kulit daripada radikal bebas. Tidak perlu gusar lagi bila anda terdedah pada cahaya matahari secara terus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.