Nota Cantik

Kejelitaan Tip Mudah Kekalkan

Jelita - - Muka Depan -

Kunjungi butik sehenti kecantikan Estée Lauder yang terletak di pusat belibelah Sunway Pyramid, Subang Selangor ini untuk menyertai pengalaman mengubah gaya bagaikan di laman permainan kecantikan. Butik ini adalah yang pertama di dunia berkonsepkan #Beautyplayground yang memiliki enam perhentian menarik. Mulakan ubah gaya anda di perhentian pertama, Glow On. Di sini, anda boleh berbicara dengan pakar kecantikan terlatih untuk mengetahui rahsia kulit cantik sebelum meneruskan ke bahagian solekan iaitu Glam Up. Di hentian ini anda boleh mencuba pelbagai rona untuk mencipta gaya unik bagi diri sendiri. Kemudian, beralih pula ke Get Polished untuk melengkapkan penampilan dengan inspirasi kuku, mencuba rona penggilap kuku serta rona bibir. Hentian seterusnya, Mix & Mingle untuk mencuba wangian terbaru dan akhir sekali hentian Strike A Pose untuk mengambil selfie berlatarbelakangkan dinding digital yang boleh dipilih mengikut gaya solekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.